AntarabangsaIsu Semasa

Mereka Hanya Perlu Bayar Menggunakan Sampah Untuk Belajar Di Sekolah Ini

“Sekolah Sampah” itulah jolokan yang diberikan kepada sebuah sekolah di Kemboja. Sekolah ini diperbuat daripada bahan kitar semula seperti tayar, botol plastik dan juga kasut getah lama!

Apa yang lebih menarik, kanak-kanak yang ingin belajar mata pelajaran komputer, matematik dan bahasa, mereka hanya perlu membayarnya dengan sampah!

“Saya telah berhenti mengemis..ianya seperti saya mempunyai sebuah peluang baharu,” kata Roeun Bunthon yang telah membayar untuk memasuki sekolah dengan hanya satu plastik beg berisi penutup botol.

Disamping matapelajaran yang diajar, kanak-kanak ini juga akhirnya menghargai sisa sampah yang semakin menumpuk di Kemboja, negara yang dengan hampir sama sekali tidak mempunyai kemudahan untuk kitar semula.

Sekolah yang dipelopori oleh ‘Lelaki Sampah’

Ouk Vanday bersama kanak-kanak di Coconut School
Sumber Gambar: Coconut School

Nama sebenar sekolah ini ialah Coconut School, ia terletak di sebuah taman negara yang dipelopori oleh Ouk Vanday yang dikenali sebagai ‘Lelaki Sampah’ (Rubbish Man).

Ouk Vanday sebelum ini bekerja sebagai pengurus hotel yang sentiasa mengimpikan Kemboja bebas sampah.

Beliau mendapat inspirasi membina sekolah ini setelah melancong sekitar Kemboja dan melihat kawasan pelancongan negaranya sering dipenuhi sampah.

Tidak selesa dengan keadaan ini, Ouk telah memulakan projek di Phnom Penh pada tahun 2013 sebelum meluaskannya ke lokasi kedua di taman negara.

Sekolah dibina menggunakan tayar kereta

Sehingga kini, terdapat 65 kanak-kanak belajar di sekolah tersebut di mana dinding bilik darjah mereka dibina menggunakan tayar kereta yang dicat.

Sekolah ini juga mempunyai gerbang masuk dengan mural bendera Kemboja yang dicipta menggunakan penutup botol yang berwarna-warni.

“Saya menggunakan sampah untuk mengajar kanak-kanak, mereka mengubah sampah tersebut kepada bilik darjah.. ini adalah supaya kanak-kanak tersebut memahami nilai menggunakan sampah ke arah sesuatu yang lebih bermanfaat,” kata Ouk.

Meluaskan sekolah untuk menampung lebih ramai kanak-kanak miskin

Ouk yang berusia 34 tahun merancang untuk meluaskan lagi bilik darjah yang ada bagi menampung hampir 200 kanak-kanak di Kampong Speu yang dihuni oleh penduduk miskin yang bergantung kepada pertanian untuk hidup. Kampung ini terletak lebih kurang 115km daripada barat Phnom Penh.

Coconut School telah beroperasi selama setahun setengah dan mereka bakal membuka tadika baharu tahun hadapan dengan dinding yang diperbuat daripada botol plastik.

Kanak-kanak bakal menjadi Duta Alam Sekitar

Ouk sangat optimis dengan kanak-kanak yang datang ke sekolahnya dan berharap mereka bakal menjadi duta alam sekitar ataupun aktivis yang memahami kegunaan dan cara pengurusan sisa sampah.

Mengikut laporan Kementerian Alam Sekitar Kemboja, negara ini telah mengeluarkan 3.6juta ton sampah tahun lalu dan tidak sampai 11% daripada sampah tersebut dikitar semula.

Setengah daripada sisa sampah tersebut akan dibakar atau dibuat ke sungai. Perkara ini telah menyumbang kepada pencemaran alam di Kemboja.

Sisa sampah yang lain pula dihantar ke tempat pembuangan sampah di mana gas metana yang terkumpul dikhuwatirkan akan menyebabkan api dan mempengaruhi perubahan cuaca.

Dari mana sumber dana Coconut School?

Coconut School ini telah mendapat sokongan dari sumbangan dan sukarelawan yang menjadi tenaga pengajar.

Di Kemboja, sekolah kerajaan adalah percuma tetapi mata pelajaran tambahan seperti bahasa Inggeris dan ko-kuirikulum tambahan perlu dibayar.

This photo taken on October 1, 2018 shows children watering plants at the Coconut School with a wall decorated by recycled plastic water bottles painted in different colours at Kirirom national park in Kampong Speu province. – The school built almost entirely from waste is the brainchild of Ouk Vanday, the Rubbish Man, a former hotel manager who dreams of a waste-free Cambodia in the future. (Photo by TANG CHHIN Sothy / AFP) / TO GO WITH AFP STORY Cambodia environment education FEATURE by Suy SE

Ia bermula daripada US$5 (RM21.15) hingga beratus dollar bergantung kepada sekolah dan lokasinya sedangkan purata pendapatan di Kemboja hanyalah US$1400 (RM5922) setahun.

Oleh sebab itu, Ouk bercita-cita untuk menghapuskan amalan tersebut dan kini ia kelihatan sedikit sebanyak berhasil.

Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang dahulunya mengemis untuk membantu keluarganya, kini sangat gembira kerana tidak perlu lagi mengemis setelah guru Bahasa Inggerisnya tidak membenarkan.

“Guru Bahasa Inggeris saya tidak membenarkan saya mengemis lagi. Saya sangat lega. Apabila saya besar nanti saya mahu jadi seorang doktor,” kata Sun Sreydow.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker