Isu SemasaTempatan

Dalam 2 Minggu, PDRM Berjaya Tahan 5 Suspek Pengganas

Di antara 13 dan 26 Oktober, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan lima individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan keganasan.

Suspek-suspek tersebut terdiri daripada:

1. Dua rakyat Malaysia (salah seorang adalah wanita)

2. Seorang warga Mesir

3. Seorang warga Pakistan

4. Seorang individu dari sebuah negara Timur Tengah

Difahamkan, mereka telah ditahan oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman dalam beberapa siri serbuan di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, dan Sabah.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, dua rakyat Malaysia itu disyaiki menyalurkan dana kepada anggota pengganas tempatan, Muhammad Wanndy Mohamed Jedi, yang telah menyertai militan IS di Syria.

TANGKAPAN PERTAMA

“Suspek pertama, seorang warga Mesir berusia 50 tahun yang bekerja sebagai pengurus eksekutif di sebuah syarikat swasta, telah ditahan di Selangor pada 13 Oktober.

“Dia adalah bekas anggota militan Al-Qaeda ketika menetap di Afghanistan di antara tahun 1988 dan 1993, dan dia juga pernah bertemu dengan Osama Laden, iaitu ketua Al-Qaeda,” kata Fuzi.

Tambah beliau lagi, lelaki itu juga mengakui bahawa dia telah menggunakan dokumen perjalanan palsu untuk memasuki Kanada, Azerbajian dan Pakistan.

“Dia ditahan dan dijatuhkan hukuman penjara di Kanada dan Mesir kerana menggunakan dokumen perjalanan palsu dan penglibatan di dalam kegiatan keganasan,” jelas Fuzi.

TANGKAPAN KEDUA

Tangkapan kedua dilaksanakan pada 25 Oktober di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke atas seorang lelaki berusia 31 tahun yang berasal dari sebuah negara di Timur Tengah dan tidak mempunyai pekerjaan.

Menurut KPN, lelaki berkenaan terlibat dalam kes ancaman bunuh terhadap seorang diplomat asing di Malaysia.

TANGKAPAN KETIGA

Suspek ketiga yang ditangkap adalah warga Pakistan berusia 31 tahun yang bekerja sebagai buruh di Sitiawan, Perak.

Lelaki itu adalah anggota “Lashkar-e-Taiba”, iaitu sebuah kumpulan militan yang berpangkalan di Asia Selatan, dan dia dilaporkan sudah menyusup masuk ke Malaysia sejak bulan Ogos 2016.

TANGKAPAN KEEMPAT

Fuzi berkata, suspek keempat yang ditahan adalah seorang wanita berusia 32 tahun, pada 25 Oktober di Gombak.

Suspek merupakan warga Malaysia dan bekerja di sebuah syarikat swasta, dan dia disyaki menyalurkan dana kepada Muhammad Wanndy Mohamed Jedi di antara tahun 2014 dan 2017 untuk membiayai kegiatan keganasan.

TANGKAPAN KELIMA

Tangkapan yang terakhir dilakukan pada hari seterusnya (26 Oktober) yang membabitkan seorang rakyat tempatan berusia 40 tahun yang pernah bekerja sebagai pengurus perkhidmatan di sebuah syarikat telekomunikasi.

“Sama seperti suspek keempat, dia dituduh menyalurkan dana kepada Wanndy dan kumpulan militan Abu Sayyaf yang berpangkalan di selatan Filipina di antara tahun 2015 dan 2018,” ujar Fuzi.

Difahamkan, empat suspek ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA Рkesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut Prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747), sementara seorang lagi suspek ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Sumber: New Straits Times

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker