FesyenGaya Hidup

Bolehkah Lelaki Menggunakan Minyak Wangi Wanita?

Idea bahawa lelaki dan wanita secara semula jadi mempunyai aroma tertentu dalam memakai minyak wangi adalah sama seperti konsep ” warna biru untuk lelaki, warna merah jambu untuk perempuan.” Ia bukan berasaskan biologi sebaliknya adalah satu kebudayaan masyarakat Barat.

Stereotaip minyak wangi berasaskan gender berasal dari Eropah dan muncul pada abad ke-19. Pada masa itu, kebanyakan orang sama ada golongan miskin atau golongan bekerja, berusaha untuk memenuhi keperluan.

Lelaki dan wanita cenderung untuk hidup dan bekerja bersama di ladang kecil atau di kedai-kedai keluarga. Tetapi pelbagai perubahan sosial dan ekonomi kemudiannya melahirkan golongan kelas pertengahan.

Kelompok ini mempunyai lebih daripada keperluan dan masa lapang untuk menikmatinya. Mereka juga mempunyai peranan gender yang lebih berbeza. Lelaki bekerja sebagai buruh di bandar. Pekerjaan ini akibatnya menjadi permulaan kepada bau maskulin.

Wanita pula tinggal di rumah dan menguruskan keluarga. Dan sekarang, mereka tidak perlu melakukan kerja berat dan boleh melakukan kerja yang lebih sesuai dengan sifat feminin mereka, seperti menggubah bunga dan bermain muzik.

Kedua-dua gaya hidup ini akhirnya mempengaruhi aroma badan mereka. Dan pemasaran minyak wangi sejak itu diiklankan berasaskan sejarah ini.

Bagaimanapun, jantina boleh menjejaskan bagaimana haruman minyak wangi. Sebatian wangian dalam minyak wangi atau cologne bertindak balas dengan berbeza pada kulit setiap orang.

Walaupun kimia kulit unik untuk setiap individu, wanita cenderung mempunyai lebih banyak kulit berasid daripada lelaki. Oleh itu, seorang wanita yang memakai minyak wangi lelaki mungkin akan terkejut apabila mendapati aromanya lebih lembut apabila memakainya.

Tetapi tidak salah jika lelaki mahu memakai minyak wangi wanita. Dan jangan terkejut sekiranya anda mengetahui bahawa wangian wanita dan lelaki adalah sama, walaupun pada hakikatnya pemasar membuat pembungkusan feminin atau maskulin yang sangat berbeza dan pengiklanan untuk produk mereka untuk menarik salah satu jantina.

Lelaki tidak perlu takut untuk memakai aroma bunga kerana cologne lelaki sekarang mungkin mengandungi ekstrak bunga-bungaan dan herba. Juga, minyak wangi mempunai bau berbeza pada setiap individu berdasarkan kimia badan mereka. Pakai apa yang terbaik untuk anda dan jangan bimbang tentang pakej untuk wanita atau lelaki.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker