Sukan

Impian Bolt Bersama Kelab Bola Sepak Australia Tidak Tercapai

Walaupun ramai yang meragui kerjaya Usain Bolt sebagai seorang pemain bola sepak pada usia 32 tahun tetapi Usain Bolt tetap mengejar impiannya itu.

Mike Charlesworth, pemilik kelab Central Coast Mariners. Sumber Gambar: adelaidenow.com.au

Pemenang pingat emas Sukan Olimpik itu telah mendapat tempoh percubaan bersama Central Coast Mariners, sebuah kelab bola yang berpangkalan di Sydney, Australia. Namun, beliau gagal mencapai persetujuan bagi terma komersial untuk bermain dengan kelab A-League tersebut.

Usain Bolt menamatkan sesi percubaan bersama Central Coast Mariners dan bakal meninggalkan kelab A-League itu selepas gagal mencapai persetujuan bagi terma komersial.

“Walaupun kami gagal mencapai persetujuan bersama bagi membolehkan Usain Bolt meneruskan perjalanan bola sepaknya bersama Central Coast Mariners, kami gembira untuk mendapat pelari pecut Olimpik dan pemegang rekod dunia menjadi sebahagian daripada kelab kami selama lapan minggu yang lalu,” kata pemilik Central Coast Mariners, Mike Charlesworth.

Latihan bersama pasukan Central Coast Mariners Sumber Gambar: japantimes.co.jp

Usain Bolt mensasarkan kontrak sebanyak $3juta tetapi hanya ditawarkan $150,000 sebuah nilai jauh daripada yang diinginkan.

Sementara itu, Bolt mengucapkan terima kasih dan semoga maju jaya kepada Central Coast Mariners bagi menghadapi musim baharu.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemilik, pengurusan, staf, pemain dan penyokong Central Coast Mariners yang membuatkan saya begitu dialu-alukan di sini. Saya berharap kejayaan kelab pada musim akan datang,” ujarnya.

Sepanjang latihan dua bulan bersama kelab pasukan tersebut, Bolt telah menjaringkan dua gol dalam perlawanan percubaan. Namun, pengkritik masih mempersoalkan cara Bolt bermain untuk menjadi atlet elit dalam arena bola sepak.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker