Gaya HidupKecantikan

Apa Yang Lelaki Perlu Tahu Tentang Movember

Bulan November telah tiba dan “No-Shave November” yang juga dikenali sebagai “Movember”, di mana lelaki menghabiskan seluruh bulan tidak mencukur bulu di muka, akan mula dipraktikkan.

Tetapi jangan salah sangka, ini bukan sekadar trend kecantikan semta-mata. Tujuan kempen selama sebulan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu kesihatan lelaki termasuk kanser prostat, kanser testis, jenis kanser lelaki dan bahkan kemurungan.

Pergerakan Movember pertama kali ditubuhkan pada tahun 2003 di Australia, sebagai satu cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu kesihatan lelaki, dan telah berubah menjadi badan amal rasmi pada tahun 2004, dengan dana yang disumbangkan kepada Yayasan Kanser Prostat Australia. Menjelang tahun 2007 badan amal itu telah menular ke New Zealand, Kanada, Sepanyol, Amerika Syarikat dan UK, berikutan dengan organisasi kanser prostat di setiap negara.

Tetapi apakah yang diperlukan untuk menumbuhkan misai atau janggut penuh?

The Star bercakap dengan hairstylist dan groomer lelaki, Cassius Lawrence untuk tips menumbuhkan bulu pada wajah.

1. Tidak semua orang jenis berbulu

Suka atau tidak, tidak semua orang dijadikan sama dalam menumbuhkan bulu pada wajah kerana setiap individu berbeza genetik.

Tidak semua kumpulan etnik dapat menumbuhkan kumis dan janggut seperti orang kulit putih, tetapi di Malaysia, kaum India lebih mudah kerana mereka secara semula jadi boleh tumbuh banyak bulu dalam masa yang singkat. Tidak semua orang Melayu dan Cina dapat menumbuhkan jambang, oleh itu sesetengah orang kelihatan lebih baik apabila wajahnya dicukur.

2. Sabar dengan halangan

Menumbuhkan jambang mengambil masa berbulan-bulan, sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan. Ia boleh sedikit sukar bagi seseorang lelaki yang selalu bercukur tiba-tiba membiarkan bulu wajahnya tumbuh untuk kali pertama, terutamanya semasa peringkat di antara ketika ia masih berkembang.

Dalam iklim panas kita, haba boleh menyebabkan kulit menjadi sensitif di tempat bulu tumbuh dan ini boleh menjadikannya gatal. Mereka yang boleh bersabar pada masa ini akan diberi ganjaran untuk usaha mereka.

3. Jumpa tukang gunting

Related imageRambut di kepala kita boleh menjadi sedikit liar tanpa potongan. Begitu juga dengan jambang di wajah yang turut memerlukan bantuan profesional.

Menemui tukang gunting sebulan sekali adalah perlu untuk mempunyai jambang yang dipotong dan dicukur supaya kelihatan kemas. Terdapat banyak tukang gunting moden yang menyediakan perkhidmatan khusus untuk lelaki dengan bulu wajah, seperti mencuci dengan tuala panas dan pembersihan muka.

4. Basuh dengan syampu

Jambang di muka akan menangkap zarah-zarah debu , jadi ia menjadi keperluan untuk mencucinya secara teratur. Sama seperti rambut di kepala anda, jambang juga perlu dibasuh dengan syampu. Ini diperlukan untuk tujuan kebersihan, dan juga untuk menjaga penampilan anda.

5. Tonik rambut membantu

Apabila ia datang kepada tonik rambut, kita biasanya berfikir tentang lelaki yang mengalami keguguran rambut. Tetapi menurut tukang gunting rambut, tonik rambut juga boleh digunakan untuk meningkatkan pertumbuhan jambang.

Ia tidak sepatutnya disalah anggap sejenis formula keajaiban yang boleh menumbuhkan jambang, tetapi ia membantu lelaki yang mempunyai bulu wajah yang tidak sekata.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker