Teknologi

10 Perkara Menarik Kenapa Anda Perlu Main Red Dead Redemption 2

Red Dead Redemption 2 (RDR2) telah pun dilancarkan dan berada di pasaran 26 Oktober yang lalu.

Ia merupakan siri kedua Red Dead Redemption keluaran Rockstar Games yang berkonsepkan permainan dunia terbuka serta bertemakan Amerika Syarikat Barat pada 1898.

Namun, adakah RDR2 mencapai jangkaan peminat dengan semua berita yang digembar-gemburkan sepanjang promosi permainan ini?

Di sini terdapat 10 perkara yang menarik kami jumpa sepanjang 4 jam bermain permainan ini.

  1. Watak NPC (Non playable character) akan memberikan respon berbeza setiap kali anda berjumpa.
  2. Rambut akan panjang mengikut masa. Jika terpotong, anda harus menunggu untuk ia tumbuh kembali.
  3. Anda perlu masak hasil buruan untuk mendapatkan kekuatan tambahan selain membeli tonik di kedai.
  4. Bounty atau ganjaran jenayah ke atas pemain hanya berkuatkuasa di pekan yang menyabitkan kesalahan kepada anda sahaja.
  5. Anda boleh mengutip topi si mati dan memakainya.
  6. Kulit haiwan tertentu boleh dibuat pakaian dan isinya boleh dijadikan ramuan ubat atau tonik.
  7. Peta dunianya terlalu besar untuk seorang koboi dan seekor kuda.
  8. Implikasi berbeza jika anda membunuh atau melepaskan individu tertentu.
  9. Anda hanya boleh bawa 3 senjata utama apabila berjalan. Senjata-senjata lain boleh disimpan pada beg di kuda anda.
  10. Kerap cuci senjata anda bagi memastikan ia berfungsi sepenuhnya. Jika senjata terlalu kotor, kekuatan tembakan akan berkurangan.

Terdapat banyak lagi ciri menarik yang bakal anda jumpai sepanjang permainan ini. Bukan jalan ceritanya sahaja yang menarik, malah aktiviti sampingnya juga pasti membuatkan anda bermain lebih lama tanpa anda sedari.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker