Bisnes & Ekonomi

Jejaka Muda Disebalik Jenama Rempah Ratus Hexa

Langkah pertama setiap graduan di Malaysia pasti akan mencari kerja setelah menamatkan pengajian. Tetapi lain ceritanya bagi Garry Gan, seorang graduan jurutera mekanikal.

Gan terpaksa menguruskan syarikat keluarganya yang mengeluarkan tepung dan produk kari yang sedang dalam dilema dan di ambang penutupan.

Syarikat keluarganya pada tahun 2004 itu mempunyai hutang yang besar dan Gan terpaksa mencari jalan untuk melunaskan permasalahan tersebut.

Walaupun sangat sukar tapi dia tidak mahu menjadi orang termuda untuk bankrup di kalangan rakan-rakannya.

Setelah syarikat keluarganya mula stabil, dia mengambil inisiatif untuk memulakan perniagaan baharu dan mewujudkan syarikat Hexa Food Sdn Bhd di tahun 2007.

Daripada Syarikat Yang Hampir Bankrup Ke Hexa Food

Hexa Food mengeluarkan herba dan rempah ratus untuk pasaran tempatan dan dia bernasib baik kerana mempunyai kemudahan daripada syarikat sebelum ini yang dimiliki keluarganya.

Gan yang kini berusia 35 tahun berkata memulakan Hexa Food sebenarnya adalah sangat mudah kerana beliau telah belajar banyak daripada keruntuhan syarikat milik keluarganya sebelum ini.

“Hexa sudah mempunyai perancangan. Kami tahu apa yang perlu dilakukan untuk tiga tahun pertama, iaitu memfokuskan pembinaan jenama,” kata Gan kepada TheStar.

Ini kerana perkara utama yang tidak dimiliki oleh syarikat keluarganya sebelum ini ialah jenama. Ini telah membuat syarikat tersebut sukar untuk mendapatkan pulangan dan dana.

Walau bagaimanapun, Gan berkata membina sesebuah jenama bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Bukan seperti syarikat-syarikat besar yang lain yang mempunyai bajet pengiklanan yang besar, membina jenama bagi syarikat IKS sukar dan memakan masa yang agak panjang.

Tips Membina Syarikat Dari Gary Gan

Gan berkata lapan perkara ini perlu ada untuk membina sebuah syarikat baharu:-

  1. Fokus membuat keputusan kewangan yang betul
  2. Bijak mengatur kewangan
  3. Dapatkan tenaga kerja yang betul
  4. Menjalankan operasi yang stabil
  5. Memupuk budaya sihat di dalam syarikat
  6. Kurangkan kesalahan
  7. Dapatkan bahan berkualiti
  8. Bina hubungan baik bersama pembekal

Menurut Gan walaupun pasaran rempah ratus dari dahulu sehingga kini masih dikuasi oleh Baba’s dan Adabi, terdapat 200 syarikat kecil yang terdapat di pasaran.

Hexa Bercita-cita Besar

“Misi syarikat Hexa ialah untuk menjadi syarikat bertaraf dunia. Segala yang keputusan yang dilakukan oleh kami, kami akan bertanyakan kepada diri kami sama ada ia menepati piawaian antarabangsa atau tidak. Jika tidak, kami tidak akan melakukannya,” jelas Gan.

Berpandukan prinsip tersebut, Gan telah menghabiskan masa bertahun untuk mengukuhkan lagi operasi dan pembinaan jenama Hexa.

Bukan Semudah Yang Disangkakan

Apabila Gan sudah bersedia untuk masuk ke pasaran, beliau sedar bahawa untuk mendapatkan pengedar adalah lebih sukar daripada yang disangkakan kerana Gan mahu mencari pengedar yang memahami jenamanya dan yang boleh bekerjasama untuk bersama-sama mengambil langkah sewajarnya jika terdapat permasalahan yang timbul di pasaran.

Gan mengetuk segala pintu yang ada di pasaran sehinggalah pada tahun 2016, beliau mendapat peluang yang diinginkan.

Jalinan kerjasama ini telah membuahkan hasil lumayan untuk Hexa apabila mereka berjaya di pasaran tempatan dan menjadi pengedar untuk beberapa negara seperti Brunei, Indonesia dan Dubai.

Menurut Gan, setiap negara mempunyai cita rasa masing-masing oleh itu ia agak mencabar untuk memenuhi permintaan semua.

Hexa Food Ingin Membuat Untung RM2Juta Setiap Tahun

Buat masa sekarang pendapatan Hexa ialah sebanyak RM12 juta pada tahun 2017 dan dijangka akan meningkat sebanyak RM2juta tahun dan RM2 juta lagi tahun hadapan.

Hexa mempunyai dua kilang pengeluaran dan 75 pekerja. Salah satu kilangnya terletak di Shah Alam dan sebuah lagi di Klang yang baru sahaja dilaburkan dengan jumlah RM4juta.

Seperti kebanyakan syarikat yang lain, Hexa juga mahu menceburkan diri ke dalam e-dagang kerana kebanyakan pesaingnya belum lagi memasuki arena tersebut.

Namun Gan mengaku dia belum lagi fokus terhadap perniagaan atas talian dan masih lagi mencari informasi lanjut.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker