Sukan

7 Fakta Tentang Solari, Pengendali Sementara Real Madrid Yang Baharu

Setelah Julen Lopetegui dipecat sebagai pengendali Real Madrid, Santiago Solari dilantik sebagai pengendali sementara kelab gergasi Sepanyol itu. Beliau akan memulakan tugas pertamanya berdepan Melilla pada aksi Copa del Rey hari ini.

Siapakah Solari dan mengapa beliau dipilih?

  1. Santiago Solari dilahirkan di Rosario, Argentina ke dalam keluarga yang berlatar belakang bola sepak.

    Bapanya, Eduardo; dua abangnya, David dan Esteban; sepupunya, Augusto turut sama beraksi sebagai pemain bola sepak.

    Solari semasa di pasukan RIver Plate

    Bapa saudaranya, Jorge pernah beraksi di Mexico dengan nama samaran ‘El Indio’, beliau turut memberikan Solari nama samaran sendiri ‘El Indiesito’ yang bermaksud anak kecil India.

  2. Beliau mula mencipta nama bersama River Plate dan menenangi Copa Libertadores pada 1996. Tiga tahun kemudian, beliau merentas lautan Atlantik menyertai Atletico Madrid.

    Namun nasib tidak menyebelahinya apabila Atletico mengalami penurunan divisyen namun Solari bernasib baik selepas Real mengaktifkan klausa perpindahan sekali gus menyaksikannya menyertai pasukan seteru Madrid itu pada 2000.

  3. Beliau pernah beraksi selama lima musim bersama pasukan Real Madrid pada tahun 2000 sehingga 2005.
  4. Pernah beraksi bersama Zinadine Zidane yang dibawa masuk ketika era ‘Galaticos’ pada tahun 2001 dan menjadi watak penting kepada gol sepakan voli cantik Zidane ketika menentang Bayer Leverkusen pada perlawanan akhir Liga Juara Juara Eropah 2002.
  5. Secara keseluruhannya, Solari beraksi 167 perlawanan dan menyumbang 16 gol untuk Los Blancos.

  6. Pada 2002, Solari menerima trofi, pemain tahunan paling seksi yang diberikan oleh saluran bola sepak Sepanyol, Chanel +.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengundi tetapi saya pasti ini cukup lengkap. Kita lihat jika saya ditawarkan peluang kerjaya dalam industri filem apabila karier bola sepak saya berakhir nanti,” katanya.

7. Solari memilih untuk kekal dalam bola sepak sebaik kariernya berakhir. Dia mengendalikan pasukan remaja Real sebelum dinaikkan pangkat ke skuad Real Madrid Castilla pada 2016 yang bermain untuk Segunda Division B. 

Di bawah kendalian Solari selama dua musim, skuad yang beraksi di liga ketiga, Segunda B itu menamatkan saingan di kedudukan ke-11 dan lapan.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker