Sukan

Leicester City Sahkan Pemilik Vichai Srivaddhanaprabha Terkorban

Leicester City awal pagi tadi telah mengesahkan bahawa pemilik kelab itu, Vichai Srivaddhanaprabha telah meninggal dunia pada hari Sabtu yang lepas termasuk empat lagi individu yang tidak dinamakan selepas helikopter yang mereka naiki terhempas di luar Stadium King Power, hanya beberapa ketika selepas ia berlepas dari atas padang.

Berita ini menyebabkan perlawanan Piala Liga menentang Southampton pada hari Selasa akan ditangguhkan.

Helikopter Srivaddhanaprabha adalah perkara yang biasa dilihat di mana-mana perlawanan Leicester City. Pesawat itu membawa pemilik dari Thailand serta beberapa orang tetamu khas, dan akan berlepas dari tengah-tengah padang stadium sebelum menghantar Srivaddhanaprabha  pulang ke London.

Saksi menyatakan bahawa helikopter itu berputar di luar kawalan beberapa ketika selepas ia berlepas, sebelum terhempas di sebuah tempat letak kenderaan dan meletup di luar Stadium King Power, menurut The Guardian.

Srivaddhanaprabha, seorang jutawan perniagaan dari Thailand membeli kelab Leicester City pada tahun 2010 dan dinamakan sebagai pengerusi setahun kemudian, menggantikan Milan Mandaric.

Di bawah pimpinan Srivaddhanaprabha, Leicester City menggegar dunia bola sepak apabila mereka menjadi juara Liga Perdana Inggeris pada musim 2015/16, walaupun statistik menunjukkan bahawa adalah mustahil bagi mereka melakukannya.

Bagi meraikan kejayaan yang tidak disangka-sangka itu, Srivaddhanaprabha menghadiahkan 19 orang pemain yang terlibat dalam kejayaan itu sebuah kereta mewah BMW i8, dengan setiap satu daripadanya bernilai £100,000 (RM536,000)

Menurut Forbes, Srivaddhanaprabha  adalah orang ke-5 terkaya di Thailand dengan nilai kekayaan AS$5.2b (RM21.7b). Srivaddhanaprabha telah menubuhkan dan juga pemilik King Power International Group, pengendali terbesar rangkaian kedai bebas cukai di Thailand.

Pada tahun 2017, Srivaddhanaprabha turut membeli kelab bola sepak dari Belgium, OH Leuven.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker