AntarabangsaIsu SemasaSains

Fosil Tengkorak Ini Mungkin Ada Jawapan Kepada Evolusi Manusia

Tengkorak fosil Homo heidelbergensis, spesies manusia yang sudah pupus, dipercayai telah ditemui di Timur Laut China dan dianggap sebagai salah satu fosil paling lengkap manusia kuno yang pernah dijumpai, kata pakar.

Ini adalah penemuan pertama fosil Homo heidelbergensis di Asia, Ni Xijun, seorang penyelidik di Institut Paleontologi Vertebrata dan Paleoantropologi di Akademi Sains China, berkata di laman web Hebei GEO University.

Tengkorak itu mempunyai cerita penemuan yang menarik. Ia diserahkan kepada profesor Ji Qiang di Hebei GEO University oleh seorang kenalan, seorang petani, yang ingin memastikan fosil itu selamat.

Petani tersebut mengatakan bahawa tengkorak itu telah digali oleh seorang rakan sekerja datuknya pada tahun 1933 di mendapan Sungai Songhua di Harbin, wilayah Heilongjiang.

Menyadari tengkorak itu luar biasa, datuknya menyembunyikannya dari tentera Jepun di sebuah telaga. Sebelum meninggal dunia, dia memberitahu anak dan cucunya mengenai tengkorak itu.

Petani tersebut dan bapanya berkata mereka berfikir untuk mendermakan spesimen itu ke negara tetapi tidak tahu bagaimana untuk melakukannya sehingga dia bertemu dengan Ji pada Ogos tahun lepas.

Ji berkata tengkorak tersebut diramalkan berusia sekurang-kurangnya 200,000 hingga 400,000 tahun.

Ia mempunyai nilai saintifik penting untuk mengkaji asal-usul manusia, memandangkan Homo heidelbergensis adalah nenek moyang Homo sapiens, Homo neanderthalensis dan Denisovan, kata Ji.

“Tengkorak fosil itu menyediakan cara baru untuk memahami sejarah perkembangan dan evolusi manusia,” katanya.

Menurut artikel universiti, fosil Homo heidelbergensis yang ditemui di Afrika boleh berusia hingga 125,000 hingga 300,000 tahun yang lalu, dan di Eropah hingga 200,000 hingga 600,000 tahun yang lalu.

Kebanyakan ahli antropologi percaya bahawa spesies manusia muncul di Afrika sekitar 200,000 tahun yang lalu dan satu kumpulan itu berhijrah kira-kra 80,000 tahun kemudian sebelum tersebar ke seluruh dunia.

Penemuan fosil ini bagaimanapun akan membuktikan bahawa manusia bukan semata-mata berasal dari Afrika, malah ia dapat mencadangkan ciri-ciri penting yang sebenarnya manusia berkembang di Asia timur.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker