AntarabangsaIsu Semasa

Nak Pergi Ke Singapura? Tak Perlu Lagi Isi ‘Kad Putih’!

Pada 4 Oktober 2018, Singapura telah mula memperkenalkan sistem kad ketibaan elektronik (e-kad)bagi memudahkan pelancong asing untuk memasuki negara itu.

Ini bermakna, anda tidak perlu lagi bersusah payah mengisi borang fizikal atau lebih popular dikenali sebagai ‘kad putih’ ketika dalam perjalanan untuk ke negara itu.

Difahamkan, kad ketibaan elektronik ini juga berada dalam peringkat percubaan selama tempoh tiga bulan untuk memastikan sistem tersebut dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Menurut Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksa (ICA) Singapura, percubaan penggunaan kad elektronik ini akan dilaksanakan di checkpoint Woodlands, Tuas, Lapangan Terbang Changi, dan empat terminal feri.

Dengan adanya e-kad ini, pelancong asing boleh mengisi data peribadi serta butiran perjalanan menerusi laman sesawang ICA atau aplikasi telefon pintar sebelum ketibaan mereka.

Setelah tiba di Singapura, mereka hanya perlu mengeluarkan pasport untuk mendapatkan kelulusan di imigresen, dan e-kad yang telah diisi lebih awal itu akan dipanggil oleh sistem imigresen ICA.

Dalam pada itu, penggunaan kad elektronik ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia yang kerap pergi ke Singapura.

Seorang jurulatih berkeperluan khas, Doris Lim menyatakan bahawa sistem elektronik ini adalah mesra pengguna dan alam sekitar.

“Ia adalah satu kelebihan bagi mereka yang celik Internet dan mahukan semua perkara dilaksanakan dengan pantas,” kata lelaki berusia 23 tahun itu.

Aqilah Khairrah Abd Khalid, 23 tahun yang bekerja di Singapura berkata, sistem e-kad ini akan mempercepatkan lagi pelepasan di imigresen untuk memasuki negara.

“Saya rasa ia juga akan bantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di checkpoint, terutamanya checkpoint yang ia (Singapura) berkongsi dengan Malaysia,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, seorang pemandu teksi, Jefri Abdullah yang selalu menghantar penumpang ke Singapura mempunyai pandangan berbeza mengenai sistem ini.

Beliau berkata, kebanyakan pelanggannya adalah daripada kalangan warga emas, dan mereka masih menggunakan kad putih.

“Kebanyakan pelanggan saya adalah warga emas. Mereka tidak biasa dengan teknologi baru,” ujar pemandu teksi berusia 50 tahun itu.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peniaga India Johor, P.Sivakumar berharap agar Singapura dapat bekerjasama rapat dengan Malaysia berhubung sistem e-kad berkenaan.

“Ini akan memastikan bahawa maklumat mengenai sistem baru itu boleh diketahui oleh rakyat Malaysia yang kerap pergi ke Singapura,” ujar beliau.

 

Sumber: The Star

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker