Teknologi

Samsung Watch 3 Pesaing Hebat Apple Watch?

Buat pengemar jam pintar tapi tidak memiliki iPhone, Samsung memperkenalkan Samsung Watch yang boleh dikatakan penyaing terhebat Apple Watch.

 

Jam pintar ini dilengkapi pelbagai ciri-ciri dan fungsi untuk kegunaan harian anda tanpa perlu mengeluarkan telefon anda dari poket.

Samsung Watch merupakan siri terbaru jam pintar Samsung yang menggantikan Gear Watch dengan model terakhir mereka Samsung Gear Sport dan Samsung Gear Fit2 Pro tahun lepas.

Terdapat dua saiz berbeza Samsung Watch yang dikeluarkan dengan untuk pergelangan tangan yang berbeza. Namun, model 46mm mempunyai kapasiti yang lebih besar berbanding model 42mm.

3 warna diperkenalkan iaitu; hitam; perak dan hitam, dan emas ros. Tali jam juga boleh ditukar dengan variasi tali yang bakal diperkenalkan kelak.

Ia dijana dengan Exynos 9110 Dual Core 1.15GHz dan Tizen Based Wearable OS 4.0 sebagai sistem operasi. Paparan Super AMOLED berserta Corning Gorilla Glass DX+ sebesar 1.3″ untuk model 46mm manakala 1.2″ untuk 42mm.

Seperti jam pintar sebelumnya, jam ini juga dilengkapi beberapa aplikasi kesihatan baru yang boleh mengukur dan mengira tahap kesihatan seperti denyutan jantung, kadar lemak, jarak perjalanan, kiraan langkah dan berbagai lagi.

Disamping itu, beberapa aplikasi lain turut disertakan dan boleh dimuat turun seperti pemain muzik, kompas, pembaca mesej dan email, dan lain-lain lagi memberikan penggunaan yang lebih bervariasa pada jam ini.

Samsung Watch ini dilengkapi NFC untuk digunakan sebagai peranti alternatif e-pay seperti menggunakan Samsung Pay namun tiada sokongan MST seperti yang digunakan pada Samsung Galaxy Gear 3.

Jam tangan ini juga dibina kalis air, sesuai untuk aktiviti seperti berenang dan sebagainya.

Kadar ketahanan bateri juga dikatakan mampu bertahan sehingga 2 ke 3 hari dengan penggunaan minimal namun ia bergantung kepada aplikasi yang sentiasa aktif di dalam jam yang mungkin menggunakan lebih hayat bateri.

Samsung Watch sudahpun berada di pasaran dengan harga RM1,299 untuk saiz 46mm dan RM1,199 untuk saiz 42mm.

Jam pintar ini merupakan alternatif kepada Apple Watch dengan rekaan yang lebih premium dan pelbagai fungsi yang boleh digunakan tanpa perlu kerap mengeluarkan telefon.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker