Isu SemasaTempatan

Tak Sangka Ribuan Lelaki Mahu Berkahwin Dengan Perempuan Bawah Umur

Pada zaman ini, sejumlah besar golongan lelaki, tanpa mengira latar belakang bangsa atau agama, dilihat berminat untuk mengahwini perempuan-perempuan yang masih remaja.

Menurut pusat pemikir Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Penang Institute, statistik menunjukkan bahawa seramai 10,240 lelaki beragama Islam telah memohon untuk mendirikan rumah tangga bersama kanak-kanak perempuan, di antara tahun 2005 dan 2015.

Dalam kalangan lelaki bukan Islam pula,, seramai 7,719 orang mahu berkahwin dengan perempuan berusia 16 sehingga 18 tahun dari 2000 sehingga 2014.

Berdasarkan statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, jumlah permohonan perkahwinan bersama kanak-kanak perempuan beragama Islam mencatatkan jumlah yang tinggi di negeri-negeri berkenaan:

1. Sarawak – 2,064 permohonan

2. Kelantan – 1,929 permohonan

3. Terengganu – 924 permohonan

Penganalisis pengajian politik Penang Institut, Ooi Kok Hin, dalam kajiannya pada tahun lepas berjudul “Child Marriages in Malaysia: Reality, Resistance and Recourse,” mendedahkan bahawa permohonan perkahwinan bersama kanak-kanak di bawah umur bukan beragama Islam di antara tahun 2000 dan 2014, turut mencatatkan rekod yang tertinggi di Sarawak dengan 1,750 kes, diikuti Johor yang merekodkan kira-kira 1,000 kes.

Malah, Pulau Pinang juga menyaksikan 250 permohonan perkahwinan kanak-kanak bukan Islam, manakala Selangor pula 700 kes dalam tempoh yang sama.

Ooi berkata, kadar kelulusan bagi permohonan perkahwinan Islam pada tahun 2015 adalah 81%.

“Hakim-hakim Mahkamah Syariah meluluskan 8 daripada 10 permohonan perkahwinan kanak-kanak,” kata Ooi.

Namun tambahnya lagi, beliau tidak mampu mendapatkan statistik berhubung kadar kelulusan perkahwinan kanak-kanak dalam kalangan bukan Islam.

Difahamkan, lelaki bukan Islam yang mahu mengahwini perempuan-perempuan berusia di bawah 18 tahun, perlu mendapatkan kelulusan daripada Menteri Besar atau Ketua Menteri di negeri masing-masing.

Di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan & Penceraian) 1976, perkahwinan bukan Islam membabitkan individu di bawah usia 16 tahun tidak boleh diluluskan di bawah sebarang keadaan sekali pun.

“Perkahwinan kanak-kanak bukan satu isu asing di Malaysia. Pada waktu ini, kita sedang berhadapan kes-kes di mana kanak-kanak dipaksa dan didedahkan dengan perbuatan seksual sebelum mereka benar-benar bersedia dari segi fizikal dan emosi,” ujar Ooi.

Sumber: The Star

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker