AntarabangsaIsu SemasaMakan & Minum

Starbucks Buka Cawangan Bahasa Isyarat Di US Selepas Melihat Kejayaan Di Malaysia

Jenama kedai kopi terkemuka, Starbucks telah membuka cawangan pertama di Amerika Syarikat yang mesra untuk golongan kurang pendengaran.

Cawangan tersebut dibuka pada hari Khamis (23 Okt), dua tahun selepas salah satu cawangannya di Malaysia  membuka kedai bahasa isyarat pertama di Bangsar pada tahun 2016.

Melihat kejayaan cawangan di sana, Starbucks di Amerika mengkaji langkah baharu itu, dan tidak lama kemudian merancang untuk menubuhkan lebih banyak kedai bahasa isyarat.

“Starbucks bahasa isyarat akan mencipta pengalaman tersendiri untuk semua pelanggan, sambil menawarkan format kedai yang unik yang mempromosikan aksesibiliti dan menawarkan peluang pekerjaan dan kerjaya untuk orang kurang pendengaran,” kata syarikat itu pada 2017 ketika mengumumkan rancangannya .

Terletak di Washington, cawangan Starbucks itu juga menawarkan pelbagai cenderahati seperti mural dan cawan kopi yang direka oleh golongan kurang pendengaran.

Selain itu, ciri unik yang terdapat di sana adalah menggunakan tablet di mana pelanggan boleh memilih untuk menulis pesanan mereka, dan skrin yang memaparkan nama pelanggan apabila pesanan mereka sudah siap untuk diambil.

Portal dalam talian Mashable SE Asia menggambarkan langkah Starbucks sebagai “langkah yang tepat untuk membantu dan memperkasakan golongan kurang upaya.”

Cawangan bahasa isyarat di Malaysia dibuka pada 20 Julai 2016 dan didedikasikan untuk meningkatkan kesedaran tentang golongan kurang pendengaran dan meraikan semua jenis pekerja.

Starbucks yang terletak di pusat Kampung Bangsar II, mempunyai sistem pesanan yang telah disesuaikan untuk bekerja dengan lebih efisien untuk 10 pekerja kurang pendengaran yang bekerja di sana.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker