MalaysiaPolitik

Kehadiran Kurang di Parlimen Adalah Normal

Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof berkata bahawa ia adalah perkara biasa jika persidangan Parlimen menyaksikan kehadiran yang rendah kerana anggota parlimen mungkin mempunyai komitmen lain untuk dihadiri.

Beliau juga tidak menyokong cadangan pemotongan elaun ahli parlimen yang tidak menghadiri sesi, mengatakan bahawa jika ada kuorum, sudah mencukupi untuk proses persidangan Dewan Rakyat berlangsung.

Mohamad Ariff berkata sedemikian sebagai tindak balas kepada seorang ahli parlimen PAS yang meluahkan kekesalan atas  kehadiran yang rendah ahli politik dari kedua-dua belah pihak.

Pada hari Selasa (23 Okt), Ahli Parlimen PAS Pendang Awang Hashim meminta semakan semula elaun bagi penggubal undang-undang yang gagal menghadiri siding Parlimen tanpa sebarang alasan yang sah.

Awang berkata anggota Parlimen yang menghadiri mesyuarat itu untuk masa yang singkat dan mereka yang menghadiri mesyuarat penuh dari pagi hingga malam mendapat elaun yang sama. Beliau menyeru untuk mengkaji semula perkara ini.

Apabila diminta mengulas perkara ini, Mohamad Ariff berkata pemotongan elaun adalah tindakan yang “terlalu drastik”.

“Apabila perdebatan berlangsung sehingga larut malam di Parlimen, tentu saja kita tidak akan mendapat kehadiran 100%.

“Kami juga faham bahawa menteri mempunyai tugas di pejabat, dan kita tidak seperti Australia di mana pejabat kementerian dan bagunan Parlimen dekat antara satu sama lain.

“Pejabat menteri kita berada di Putrajaya, mereka mempunyai tugas untuk dilakukan, jadi perkara-perkara ini mesti dipertimbangkan,” kata Mohamad Ariff kepada pemberita di Parlimen.

Awang pada hari Selasa juga meminta Speaker untuk menangani kehadiran para penggubal undang-undang yang rendah dari kedua-dua belah pihak politik kerana beliau berkata kurang daripada 20%, atau hanya 38 penggubal undang-undang daripada 222, hadir di Parlimen pada hari itu.

Bekas perdana menteri dan Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengkritik kerusi Parlimen yang kosong ketika beliau membahaskan usul pada hari Selasa.

Menurut Perintah Tetap 13 (1), mesti ada sekurang-kurangnya 26 Ahli Parlimen dalam prosiding Dewan Rakyat.

Mohamad Ariff, bagaimanapun, mengatakan lebih penting bahawa isu-isu dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen dan kemudian dirakamkan di Hansard.

“Itulah yang penting. Bentangkan apa yang anda mahukan di Parlimen supaya ia direkodkan.

“Kadang-kadang Dewan Rakyat akan penuh dan kadang-kadang terdapat sedikit orang, dan ini biasa,” kata Mohamad Ariff.

Timbalan Speaker Nga Kor King berkata menteri Pakatan Harapan mempunyai senarai Ahli Parlimen yang perlu bercakap di Parlimen.

“Mereka biasanya hadir di Parlimen dan akan memasuki siding ketika giliran mereka,” katanya kepada pemberita.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker