Isu SemasaTempatan

4,000 Remaja bawah 18 Hamil, 911 Bayi Dibuang

Sejak 2010, lebih daripada 900 bayi yang baru lahir dibuang di negara ini. Daripada jumlah tersebut, hampir 600 daripada mereka telah mati, kata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Timbalan Menteri, Hannah Yeoh berkata 911 kes pembuangan bayi dicatatkan dari 2010 hingga Ogos tahun ini.

“Dari 911, hanya 326 bayi yang ditemui hidup manakala 585 atau 64% tidak,” katanya menjawab persoalan Kasthuri Pattoo (PH-Batu Kawan) di sesi Dewan Rakyat.

Beliau mendedahkan bahawa Selangor mempunyai jumlah kes pembuangan bayi tertinggi dengan 215 kes yang dicatatkan, diikuti oleh Sabah (113), Johor (104) dan Kuala Lumpur (83).

Kasthuri bertanya mengenai jumlah kes pembuangan bayi dan status kewarganegaraan bayi tersebut serta langkah-langkah yang realistik untuk membendung masalah terbabit.

Yeoh berkata bayi-bayi yang diselamatkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat akan ditempatkan dalam program keluarga angkat. Beliau berkata 80% daripada bayi telah diterima menerusi program tersebut.

Baki 20% daripada jumlah itu biasanya tinggal dengan Jabatan Kebajikan kerana mereka mungkin menghadapi masalah kesihatan yang menghalang keluarga daripada mengambilnya sebagai anak angkat.

“Ketua Jabatan Kebajikan Masyarakat mempengerusikan panel untuk mengadakan pertemuan empat kali setahun.

“Kementerian juga membantu mendaftarkan bayi dan mengatur proses dokumentasi, termasuk permohonan kewarganegaraan yang boleh dilakukan dengan Jabatan Pendaftaran Negara,” tambah Yeoh.

Di samping itu, dari 2012 hingga 2016, 79,302 kes kehamilan remaja atau purata 4,000 kes setahun turut dilaporkan. Kes ini melibatkan remaja di bawah usia 18 tahun.

Berdasarkan tinjauan kesihatan dan morbiditi kebangsaan oleh Kementerian Kesihatan tahun lepas, hanya 10% remaja yang ditinjau berkata mereka menggunakan kontraseptif.

Mengenai program intervensi dan pencegahan, Yeoh berkata kementerian menyediakan perlindungan untuk wanita dan remaja yang hamil di luar nikah.

Kempen juga diadakan di media sosial untuk membolehkan para belia mendapat maklumat dan bimbingan tanpa rasa takut untuk mendedahkan diri mereka kepada orang lain.

“Apabila kita bercakap dengan organisasi bukan kerajaan, mereka memberitahu kita bahawa banyak persoalan (mengenai isu seksual dan kehamilan remaja) datang dari media sosial kerana melalui media sosial, remaja boleh bertanya atau menerima bimbingan tanpa memberikan maklumat peribadi.

“Kami juga akan memberi panduan melalui klip video di media sosial. Melalui videoclips, mereka dapat mendapat bimbingan mengenai hubungan yang sihat dan apa yang membentuk sentuhan fizikal yang selamat atau berbahaya.

“Generasi muda, terutamanya kanak-kanak, mempunyai alat elektronik, dan mereka boleh belajar melalui klip video,” kata Yeoh.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker