Bisnes & EkonomiTempatan

Platform E-Dagang Semakin Popular Di Malaysia

Malaysia merupakan salah sebuah pasaran e-dagang di Asia Tenggara yang berkembang dengan pesat.

Difahamkan, industri ini mula berkembang pada sekitar tahun 2010 – 2012, di mana platform-platform besar seperti FashionValet, Mudah.my, Carousel, Groupon, Lazada dan sebagainya mula diperkenalkan ke dalam pasaran.

Pada tahun 2017, salah satu platform e-dagang terkemuka, Shopee telah mengadakan kaji selidik dari 2 sehingga 9 April dan membabitkan kira-kira 140,000 responden di seluruh negara, untuk mengetahui ciri-ciri unik pembeli dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berikut adalah antara info yang diperoleh daripada kajian berkenaan:

1. Hampir 85% responden berusia di bawah 35 tahun, sekali gus membuktikan bahawa rata-rata pengguna platform e-dagang adalah golongan muda. 

2. Negeri Selangor mencatatkan responden yang terbanyak, iaitu lebih 20% daripada jumlah keseluruhan responden.

3. Penduduk di Timur Malaysia juga merangkumi 20% daripada responden, dan mereka berpandangan bahawa pembelian atas talian (online) amat mudah dan memberi mereka akses luas kepada perlbagai produk

4. Kira-kira 90% responden membeli-belah secara online, sekurang-kurangnya sekali sebulan.

5. Hampir 95% responden berkata, faktor harga dan promosi adalah sebab utama mengapa mereka lebih gemar membeli barang atas talian. 

6. Faktor-faktor  lain yang menarik pengguna untuk lakukan pembelian online termasuk kemudahan, kepelbagaian produk, serta pelbagai insentif lain seperti penghantaran percuma dan kaedah pembayaran selamat.

7. Antara produk utama yang dibeli oleh responden wanita adalah pakaian dan kasut lelaki (melebihi pakaian, beg tangan, dompet, dan kasut wanita sendiri).

8. Lima kategori produk utama yang dibeli oleh responden lelaki pula adalah pakaian, peralatan/perhiasan, kasut, beg, dompet, dan fesyen muslim. 

PERKEMBANGAN E-DAGANG DI MALAYSIA

Sektor e-dagang mencatatkan pertumbuhan yang amat memberangsangkan pada tahun 2016 dan menyumbang RM74.6 bilion atau 6.1% terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

Ini merupakan peningkatan yang amat signifikan berbanding tahun sebelumnya (2015), yang hanya merekodkan RM68.3 bilion atau 5.9% GDP.

Oleh yang demikian, industri ini dijangka akan berkembang dengan lebih pesat pada tahun-tahun yang akan datang, memandangkan semakin banyak Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) bersedia mengadaptasikan teknologi serta idea dalam menjalankan perniagaan mereka secara online.

JUMLAH PENGGUNA YANG BESAR

Malaysia mempunyai kadar pengguna e-dagang yang tinggi, dengan 15.3 juta pembeli online (50% daripada populasi keseluruhan negara).

Dalam pada itu, 62% pengguna telefon bimbit pula menggunakan alat peranti mereka untuk membuat pembelian atas talian.

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, para pembeli atas talian lebih gemar untuk membeli barangan online di atas faktor-faktor berikut:

– Variasi harga yang luas dan berpatutan

– Kepelbagaian pilihan produk

– “Review” atau ulasan pembeli-pembeli lain terhadap sesuatu produk itu. Sekiranya mendapat review yang baik, maka ia akan lebih meyakinkan pelanggan lain untuk membelinya.

– Penghantaran percuma, kemudahan, serta promosi eksklusif yang ditawarkan oleh kedai-kedai online. 

Kategori-kategori produk utama yang dibeli pula adalah fesyen dan kecantikan, barangan elektronik, serta sukan dan hobi.

Namun begitu, kategori-kategori lain seperti perabot, barangan runcit, kesihatan dan supplemen, dan perhiasan rumah juga dijangka akan berkembang juga.

PLATFORM E-DAGANG YANG POPULAR DI MALAYSIA

Berikut adalah beberapa platform e-dagang yang popular dalam kalangaan pengguna di Malaysia:

– Mudah

– Lazada

– eBay

– Amazon

– Alibaba

– Fave by Groupon

– Taobao

– 11th Street

– Carlist

PLATFORM E-DAGANG KEGEMARAN PENGGUNA

Lazada dan Shopee kini menjadi dua platform e-dagang yang digemari ramai, di mana mereka menawarkan pelbagai promosi serta insentif menarik.

Setakat pertengahan tahun ini, Lazada mempunyai kira-kira 60,000 penjual, iaitu peningkatan yang amat signifikan berbanding bulan Disember 2017, yang hanya mencatatkan 25,000 penjual.

Bagi Shopee pula, ia memiliki lebih daripada 1.6 juta pengguna. Setakat Februari 2018, trafik bulanan di laman sesawangnya merekodkan kira-kira 12.5 juta.

Walaupun ia mempunyai trafik yang kurang daripada Lazada, aplikasi telefon pintar Shopee telah dimuat turun oleh lebih 5 juta pengguna, sekali gus menjadikannya aplikasi e-dagang yang paling banyak dimuat turun di Malaysia.

 

Sumber: Yahoo News

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker