Teknologi

Huawei Mate 20 Hadir Dengan 3 Lensa Leica

Baru-baru ini Huawei telah memperkenalkan model terbaru siri Mate dengan pelancaran Huawei Mate 20 Pro.

Sekali lagi, Huawei menekankan fungsi kamera pada model ini dengan kehadiran 3 lensa dengan sokongan Leica untuk kamera belakang bagi mereka yang gemar mengambil foto.

Bukan itu sahaja, telefon pintar ini juga memiliki spesifikasi yang hebat setanding telefon-telefon flagship Samsung atau Asus.

Jadi, apakah ciri-ciri yang menjadikan Mate 20 Pro ini sebuah peranti terkini yang hebat?

  • 3 Lensa Kamera Dengan Penggunaan Tertentu

Peranti ini dibina dengan 3 lensa kamera iaitu lensa utama (40MP / f1.8), lensa lebar (20MP f2.2) untuk frame yang lebih luas dan lensa telefoto (8MP /fF2.4) untuk penggambaran menggunakan zoom.

  • Night Mode

Mate 20 Pro juga terdapat fungsi AI untuk membantu mencerah dan menjelaskan penggambaran di dalam kawasan yang mempunyai kurang pencahayaan.

  • Mate 20 Pro Dengan Spesifikasi Yang Baik

Dengan cip pemprosesan Kirin 980, peranti ini mampu dijanakan dengan baik dan lancar. Terdapat 2 variasi model iaitu 128GB storan beserta 6GB RAM atau 256GB dengan 8GB RAM.

  • Bateri Yang Tahan Lama

Dengan bateri sebesar 4200mAh, telefon ini dijangka mampu bertahan lebih sehari dengan penggunaan yang minimal.

  • Pengimbas Cap Jari di Dalam Telefon

Peranti ini tidak mempunyai kawasan pengimbas cap jari di padanya sebaliknya ia dibina di dalam telefon dan pengguna hanya perlu mengimbas pada skrin peranti.

  • Pengecasan Supercharge 40w

Namun begitu, keupayaan pengecasan dengan supercharge yang dibina di dalam peranti ini mampu mengecas sehingga 70 peratus dalam 30 minit biarpun dengan kapasiti bateri yang besar.

  • Wireless Reverse Charging

Satu inovasi yang menarik pada peranti ini adalah wireless reverse charging di mana Mate 20 Pro boleh berkongsi kandungan bateri dengan telefon lain dengan meletakkan di atasnya melalui pengecasan tanpa wayar. Ia mampu berfungsi dengan telefon pintar yang mempunyai pengecasan tanpa wayar.

Huawei Mate 20 Pro merupakan telefon bina terbaik dengan spesifikasi tertinggi yang Huawei pernah keluarkan. Namun, masih ada yang menganggap telefon ini merupakan rekaan yang mempunyai ciri-ciri gabungan Samsung Galaxy S9 dan iPhone X.

Peranti ini sudah mula dijual di https//shop.huawei.com dengan harga bermula dari RM2,929.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker