Sukan

Doa Hari Jadi Chong Wei

Lee Chong Wei yang sedang pulih daripada kanser hidung peringkat awal, berharap untuk kesihatan yang baik agar dia dapat kembali ke aksi kompetitif secepat yang mungkin apabila dia menyambut hari lahirnya yang ke-36 semalam.

Bekas nombor satu dunia itu berada di Taiwan selama dua bulan bagi menjalani rawatan dan hanya pulang ke Malaysia dua minggu yang lalu.

Ketika berkongsi mengenai perkembangan terbaharunya, pemenang tiga kali pingat perak Sukan Olimpik itu berkata keadaannya sudah semakin baik dan dia tidak sabar untuk kembali ke gelanggang.

“Kesihatan saya adalah keutamaan saya buat masa ini,” ujar Chong Wei.

“Proses pemulihan berjalan dengan baik setakat ini tetapi saya masih perlu berehat. Apabila dibenarkan, saya akan kembali.”

Juara Terbuka Malaysia sebanyak 12 kali itu turut berharap untuk membuat sidang media pada masa terdekat bagi memberitahu para peminat dan penyokongnya mengenai keadaannya.

“Jika boleh, saya mahu berjumpa dengan pihak media.

“Saya tahu ramai peminat saya yang sangat risau dan hendak mengetahui keadaan semasa saya.

“Saya berterima kasih kepada semua yang memberikan semangat dan menyokong saya di masa-masa sukar ini.

“Saya juga mahu meminta maaf kerana tidak dapat membalas setiap orang secara sendiri. Untuk hari lahir saya ini, saya doakan untuk kesihatan yang baik untuk semua orang.”

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker