Sukan

Cristiano Ronaldo Pertama Menjaringkan 400 Gol

Cristiano Ronaldo telah menjadi pemain bola sepak pertama yang menjaringkan 400 gol di antara lima liga tertinggi di Eropah, walaupun Juventus kehilangan mata buat kali pertama di dalam musim baharu ini.

Gol kelima Serie A Ronaldo buat Juventus ditambah dengan 84 gol di Premier League bersama Manchester United dan 311 gol di La Liga ketika dia bersama Real Madrid.

Ronaldo menolak masuk bola ke dalam pintu gol Genoa selepas menyambut rembatan Joao Cancelo yang dihalang oleh penjaga gol – selepas tandukannya sebelum ini sekadar menggegar tiang.

Namun Daniel Bessa menyamakan kedudukan menerusi tandukan yang disambut daripada hantaran lintang Christian Kouame.

Barisan pertahanan Juventus seperti terlelap buat seketika sehingga menyebabkan gol mereka dibolosi selepas beranggapan permainan akan dihentikan kerana bola sudah melepasi garisan – tetapi Kouame memastikan bola itu kekal di dalam padang lalu membuat hantaran lintang kepada Bessa yang tidak dijaga.

Tuan rumah mendominasi sebahagian besar daripada permaianan, namun daripada 21 sepakan gol mereka, hanya tiga sahaja yang tepat ke sasaran – semuanya datang daripada Ronaldo, yang mencatatkan 11 percubaan di dalam perlawanan itu.

Jaringan gol Krzystof Piatek di setiap perlawanan buat Genoa berakhir sejak perpindahannya dari kelab Cracovia. Pemain berusia 23 tahun dari Poland itu telah menjaringkan 13 gol di dalam 8 penampilan pertamanya.

Pencapaian Ronaldo meletakkan dia 10 gol di atas Lionel Messi yang menduduki tempat kedua sebagai penjaring terbanyak liga-liga utama Eropah – yang menjaringkan gol ke-390 La Liganya untuk Barcelona ketika mereka menewaskan Sevilla 4-2.

Juara Juve telah memenangi lapan perlawanan permbukaan Serie A dan dua perlawanan Liga Juara-Juara. Mereka kini empat mata di atas Napoli yang berada dikedudukan kedua – yang berjaya menewaskan Udinese 3-0.

Pada hari Selasa, mereka (Juventus) akan berkunjung ke Old Trafford bagi perlawanan Liga Juara-Juara.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker