AntarabangsaIsu Semasa

Mulai 1 Mei 2019, Putera Naruhito Jadi Maharaja Baru Jepun

Tahun lepas, Parlimen Jepun telah meluluskan sebuah rang undang-undang baru yang membolehkan seseorang maharaja untuk melepaskan takhtanya secara rela.

Undang-undang tersebut digubal berikutan permintaan Maharaja Akihito untuk turun takhta kerana usianya yang sudah lanjut dan keadaan kesihatan yang tidak berapa baik menyukarkan baginda menjalankan tugas rasmi.

Ini merupakan pengunduran pertama yang dilakukan oleh seseorang Maharaja Jepun sejak kira-kira 200 tahun dahulu.

Pada kebiasaannya sebelum ini, seorang Maharaja akan memerintah sehingga baginda mangkat, dan takhta secara automatik akan diwarisi oleh anak sulung lelaki yang juga merupakan Putera Mahkota.

Oleh yang demikian, Putera Mahkota Naruhito akan mengambil alih tugas dan peranan ayahandanya mulai 1 Mei 2019.

Takhta Takamikura – Sumber: AFP

Pada bulan lepas juga, Takhta Takamikura, yang akan digunakan untuk menobatkan Maharaja Jepun baru telah tiba di Tokyo.

Takhta tersebut telah dibawa oleh Istana Purba di Kyoto, dan ia bakal digunakan pada bulan Oktober tahun depan apabila Naruhito mengumumkan pelapis barunya.

Difahamkan, takhta itu direka dalam bentuk seperti kanopi dengan ketinggian 6.5 meter, dihiasi dengan emas serta pelbagai perhiasan lain, dan strukturnya pula terdiri daripada kira-kira 3,000 bahagian.

Menurut Agensi Keluarga Maharaja, ia telah digunakan oleh kerabat sejak kurun ke-8 lagi.

Dalam pada itu, Putera Naruhito, yang kini berusia 58 tahun, bakal menjadi Maharaja Jepun ke-126, dan Maharaja yang pertama dilahirkan selepas Perang Dunia Kedua (WWII).

 

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker