Gaya HidupKerjaya

3 Sebab Kenapa Syarikat Masih Mempunyai Masalah Dengan Pekerja Gen-Y

Menurut sebuah kajian Gallup yang ditulis di TheStar, pekerja berusia 20 sehingga 36 tahun ini paling kurang beradaptasi di tempat kerja sehingga 21% daripada mereka berhenti kerja manakala 60% lagi sedang mencari kerja baharu.

Banyak syarikat cuba menarik minat Gen-Y ini untuk bekerja dengan mereka dengan perubahan cara berpakaian, memberi snek percuma, dan banyak lagi tetapi masih belum dapat mencari titik temu untuk memotivasikan pekerja dari era millenia ini.

Namun kajian dari Gallup juga mendapati hal ini terjadi kerana pekerja era millenia ini mempunyai proses tumbesaran yang berlainan. Gen-Y mempunyai nilai, kemahuan dan tanggapan yang berlainan.

Apa yang lebih jelas ialah generasi ini bukannya pemalas tetapi mereka tahu untuk membuat tuntutan. Mereka tahu dengan jelas apa yang mereka perlu lakukan untuk ditukar dengan pekerjaan yang diminta.

Gen-Y tidak suka cara tradisi dan sebaliknya mahu boss serta organisasi untuk mengikut cara kerja mereka!

Apa yang menyebabkan mereka berkelakuan begini?

  1. Mereka telah melihat tekanan yang dihadapi oleh ibubapa mereka

Semasa Gen-Y kanak-kanak, mereka pulang untuk melihat rumah mereka kosong tanpa ibubapa di rumah. Mereka menyaksikan ibubapa mereka bekerja keras 40jam seminggu dan tekanan hidup yang menjadi toksik kepada diri mereka.

Oleh itu golongan millenia ini tidak mahu mensia-siakan hidup mereka dengan mengikat diri mereka dengan pekerjaan. Mereka hanya mahu untuk dinilai melalui hasil kerja mereka dan bukannya masa yang dihabiskan untuk melakukannya.

2. Aktiviti yang berlebihan dan ibubapa hujung minggu

Generasi sebelum Gen-Y kebanyakannya akan mempunyai satu per satu aktiviti semasa membesar.

Walau bagaimanapun, ibubapa di zaman milenia yang menghasilkan Gen-Y yang ada sekarang telah membebankan mereka dengan aktiviti yang berlebihan. Sama ada dengan latihan Taekwondo, latihan muzik, tuition dan sebagainya.

Dengan aktiviti yang banyak ini, ibubapa pula akan hadir untuk memberi sokongan hanya pada hujung minggu atau semasa pertandingan akhir dan memberi sokongan yang tidak terhingga.

Perkara ini telah menghasilkan generasi yang sering mahukan maklumbalas dan persetujuan. Pada masa yang sama mereka mahukan perhatian daripada boss mereka.

3. Generasi berteknologi tinggi

Gen-Y merupakan generasi yang lahir di dunia penuh teknologi. Dengan kehadiran sosial media, ia menyebabkan mereka lebih prihatin terhadap tanggapan orang lain tentang pekerjaan mereka dan sebagainya.

Oleh itu, Gen-Y mempunyai kesedaran yang tinggi tentang pekerjaan yang ada di luar sana. Mereka juga mempunyai pengetahuan tentang cara kerja organisasi lain yang wujud dan mahukan perkara tersebut juga terjadi kepada diri mereka pada kadar yang sangat pantas jika ia adalah perkara yang baik serta menarik.

[socialpoll id=”2523799″]¬†

Sumber Imej Terencana: retensi.com

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker