Sukan

Transformasi Juara Esukan F1 Sebelum Mempertahankan Kejuaraan

Anda tidak perlu bertanya kepada juara dunia Formula One pertama dunia mengenai kuasa perubahan yang di bawa oleh eSukan, anda hanya perlu melihat sahaja kepada dirinya.

Pada November tahun lalu, pemuda Briton itu tiba di Grand Prix Abu Dhabi sebagai seorang yang bertubuh gempal yang tidak pernah memandu sebarang kenderaan, malah dia juga tidak pernah keluar negara.

Image result for Brendon Leigh abu dhabi

Kini dia dilihat setaraf Lewis Hamilton di dalam dunia maya.

Brendon yang menjadi sebahagian daripada kumpulan eSukan Mercedes, dan rakan sepasukan kepada juara dunia sebanyak empat kali itu masih belum pernah mengambil ujian memandu – walaupun dia kini sedang mengusahakannya – kini menjadi sasaran untuk ditewaskan oleh orang ramai.

Dan dia juga turut kelihatan seperti seorang pelumba profesional selepas bersenam bersama pelatih F1 berpengalaman, Simon Fitchett.

“Dia (Fitchett) tahu apa yang diperlukan untuk menjadi seorang pelumba F1 yang sebenar dan saya sedang berusaha untuk mencapai ke tahap itu bagi membuktikan bahawa eSukan juga memerlukan kekuatan mental dan fizikal untuk memandu pada tahap tertinggi,” ujar Brandon.

“Sesiapa juga boleh mencuba dan memandu seperti saya,”

“Saya berasa amat teruja apabila melihat sokongan yang diberikan melalui Twitter dan media sosial, dan bagaimana mereka memberitahu saya mereka menggunakan saya sebagai pemandu mereka.

“Tetapi saya berasa janggal apabila memikirkan kemungkinan Lewis (Hamilton) memandu sebagai saya di dalam permainan video F1, sementara saya bermain sebagai dia…dan apabila saya bermain secara atas talian menentang pemain lain, mereka menewaskan saya kemudian terdapat tiga orang Brendon di atas podium.”

TIADA FERRARI

Di dalam siri terbaharu ini yang tidak lagi tamat di Abu Dhabi, melibatkan 10 perlumbaan yang kebanyakannya akan disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi Formula One serta beberapa rangkaian televisyen lain di seluruh dunia.

9 daripada 10 pasukan Formula One sebenar, kecuali Ferrari telah melibatkan diri.

Pusingan lain akan diadakan di London pada 31 Oktober dan 17 November yang melibatkan hadiah wang tunai bernilan $200,000 (RM831,860) beserta trofi.

Perlumbaan akan berlangsung selepas pusingan latihan dan kelayakan. 25 pemandu berdaftar dipilih daripada keseluruhan 66,000 peserta yang mendaftarkan diri mereka secara atas talian pada awal tahun ini.

“Pertandingan kali ini telah berubah secara besar-besaran dan kini para pemandu tidak lagi memandu untuk diri mereka sendiri. Kini mereka memandu untuk pasukan mereka.

“Ini adalah kali pertama kami mempunyai kejuaraan profesional.

Ketua eSport McLaren, Ben Payne berkata peningkatan kadar peminat juga turut dapat dilihat. Pertandingan ‘World’s Fastest Gamer’ McLaren pada tahun 2017 menerima 31,000 penyertaan. Sebuah program baharu bernama ‘Shadow’ bagi merekrut pemain bagi mengisi tempat dalam pasukan maya Real Racing 3 telah menarik minat hampir setengah juta orang.

Pemandu-pemandu maya kini  semakin dianggap sebagai seorang personaliti.

“Pada ketika ini tahun lepas, tiada siapa yang mengenali siapa Brendon,” ujar Payne.

“Kemudian dia menjadi terkenal di seluruh internet dengan kebolehan yang ditunjukkan di Abu Dhabi, dan ia mengubah hidupnya.

“Mereka semua adalah superstar di dalam komuniti perlumbaan simulasi pada ketika ini, dan apabila kami mengumumkan siapa yang akan berlumba dan siapa yang tidak berlumba, ia menggegarkan komuniti tersebut seperti yang dapat dilihat di dalam sukan permotoran tradisional.”

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker