Teknologi

7 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Red Dead Redemption 2

Permainan video yang ditunggu-tunggu peminat Rockstar, Red Dead Redemption 2 (RDR2) akan dilancarkan 7 hari lagi.

Ia merupakan permainan dunia terbuka bertemakan Amerika Barat di sekitar tahun 1899an yang mengisahkan pengembaraan ‘outlaw’ bernama Arthur Morgan dan kumpulan Van der Linde.

Pelbagai maklumat dan informasi yang diperoleh sepanjang pembikinan permainan ini dan di sini, kami cuba senaraikan perkara-perkara yang anda harus tahu sebelum membeli RDR2.

#1 Storan kira-kira 150GB diperlukan

RDR2 merupakan permainan pertama yang memerlukan storan sekitar 150GB untuk bermain. Pembeli  RDR2 secara fizikal  mungkin akan menerima 2 cakera blu-ray untuk memasangnya di dalam konsol.

#2 Story Mode dijangka sepanjang 60 jam

Rockstar menjelaskan jalan cerita RDR2 memerlukan sekurang-kurangnya 60 jam untuk menamatkannya dan ini tidak termasuk misi-misi sampingan.

#3 Red Dead Online

Pemain boleh bermain di dalam talian bersama pemain lain melalui Red Dead Online yang bakal dilancarkan sekitar November 2018. Pemain akan dapat memainkan watak buatan sendiri di samping menyelesaikan misi-misi khas untuk mod online.

#4 Bonus Pra Tempahan

Bagi yang membeli pra tempahan, pemain akan menerima mata wang untuk permainan GTA Online, Outlaw Survival Kit, dan bonus wang untuk mod cerita RDR2. Untuk Special atau Ultimate Edition pula, pemain akan menerima tambahan kandungan jalan cerita, pakaian dan senjata mengikut pakej masing-masing.

#6 Keupayaan bermain dalam mod 4K

RDR2 juga dibina untuk menyokong paparan 4K dengan visual dan butiran yang lebih terperinci untuk PlayStation4Pro.

#7 Kandungan Khas Dari GTA Online

Bagi pemain GTA Online, Rockstar telah menyediakan beberapa misi untuk menyah-kunci beberapa senjata ekslusif di dalam GTA Online, dan kemudian ia boleh digunakan apabila anda bermain RDR2 kelak.

Banyak lagi ciri-ciri dan perkara menarik yang bakal anda ketahui apabila Red Dead Redemption dilancarkan pada 26 Oktober ini. Ia bakal menjadi sesuatu yang baru dan menyegarkan selain permainan GTA Online.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker