Gaya HidupPercutian

5 Aplikasi Berguna Untuk Berhubung Ketika Melancong

Mempunyai aplikasi yang betul pada telefon pintar, boleh membantu anda berhubung dengan penduduk tempatan dan mendapatkan semua cadangan yang tepat setiap kali anda berada di negara asing.

Sudah tentu, ia adalah idea yang baik untuk berhati-hati apabila anda bertemu seseorang yang baru. Tetapi anda perlu bersikap positif untuk mendapatkan pengalaman melancong yang menakjubkan. Berikut adalah beberapa aplikasi untuk menemui penduduk setempat dan pelancong lain semasa bercuti.

1. SoloTraveller

Aplikasi pelancongan sosial yang sesuai untuk backpacker dan pelancong solo ini serta-merta menghubungkan anda dengan pelancong berhampiran. SoloTraveller adalah komuniti perjalanan lengkap yang berguna untuk memberi motivasi kepada orang yang biasanya tidak selesa untuk melancong sendirian. Terdapat juga fungsi untuk pelancong solo wanita untuk berhubung dengan wanita lain.

2. EatWith

Pengasas aplikasi ini mempunyai pengalaman positif sebagai pelancong solo yang makan dengan penduduk setempat. Eatwith adalah komuniti terbesar di dunia untuk mendapatkan pengalaman merasai makanan asli dengan penduduk tempatan, di lebih daripada 130 buah negara. Platform ini menghubungkan penduduk tempatan dengan pelancong yang mencari pengalaman makanan yang unik dan mendalam.

3. Travel Pal

Aplikasi ini berasal dari syarikat Hello Pal, yang diasaskan oleh rakyat Malaysia. Travel Pal menghubungkan lebih daripada 1.5 juta penduduk tempatan dan pelancong di lebih 150 negara.

Sebagai pengembara, apa yang perlu anda lakukan ialah membuat rancangan perjalanan. Anda kemudiannya akan dapat mencari penduduk setempat yang bersedia untuk membantu anda sepanjang tempoh penginapan anda. Anda juga boleh mencari rakan-rakan pelancong yang merancang perjalanan ke destinasi yang sama.

4. Backpackr

Sama ada anda seorang pengembara solo atau berkumpulan, aplikasi ini membantu untuk mengembangkan rangkaian orang yang anda kenal di dunia ketika melancong. Ciri Common Room membolehkan para pelancong mengemukakan pertanyaan atau bahkan mengatur pertemuan.

Sementara itu, tab “berdekatan” membolehkan anda melihat apa yang berlaku di sekeliling anda manakala tab “seluruh dunia” adalah cara yang lebih universal untuk mengetahui maklumat dari seluruh dunia.

5. Flip The Trip

Idea di sebalik aplikasi ini adalah untuk menghubungkan pelancong dengan penduduk setempat yang berada di sekitar tempat yang sama. Ia boleh didapati di lebih daripada 4,500 bandar dan telah menerima ulasan positif daripada pengguna.

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh berhubung dengan pelancong lain untuk bersiar-siar atau mencari makanan. Terdapat juga pilihan untuk menyambung dan berbual dengan rakan perjalanan masa depan sebelum percutian anda.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker