Gaya HidupIbu dan Anak

Cara Berkomunikasi Dengan Anak Dari Kecil Sehingga Remaja

Komunikasi adalah penting dalam setiap perhubungan. Ini termasuklah hubungan antara ibubapa dan anak. Ini adalah supaya ibubapa memahami perasaan anak bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Walau bagaimanapun, terdapat ibubapa yang tidak pandai berkomunikasi dengan anak mereka sendiri sehingga salah faham sering terjadi. Oleh itu, ini tips dari pakar pembelajaran kanak-kanak.

  1. Untuk kanak-kanak lelaki

Semua kanak-kanak lelaki akan berfikir hal yang sama iaitu, “Bagaimana saya mahu menjadi diri saya sendiri tanpa mendatangkan masalah? Adakah semua orang menganggap saya sebagai ‘hero’? Bagaimana saya boleh menyumbang kepada keluarga saya yang belum lagi disumbangkan oleh orang lain?”.

Apabila ibubapa memahami “dilema” sang hero anda, anda boleh cuba menyalurkan anak anda kepada aktiviti yang membina mereka untuk menjadi seorang superhero dengan cara mereka tersendiri.

Menurut pakar, kanak-kanak lelaki mengambil lebih masa berbanding perempuan untuk mengenal perasaan dan kenapa mereka rasa sedemikian. Oleh itu, ibubapa perlu bantu mereka mengenal perasaan-perasaan ini.

Caranya ialah dengan memberi situasi atau bacakan buku cerita kepada anak lelaki anda dan tanya kepada mereka apa pendapat mereka tentang watak di dalamnya dan bagaimana dia akan mengendali situasi berikut.


Ulang apa yang anak anda katakan dan bersetuju dengannya dengan tambahan.

Contohnya, “Jika perkara ini berlaku kepada ibu, ibu akan rasa teruja DAN sedikit risau.” Dengan cara ini, anak lelaki anda tidak lagi perlu bercakap tentang ‘kerisauan’ yang sebenarnya dia alami tetapi dengan mendengar ibunya bercerita tentang perasaan ‘risau’ itu, ia akan membuatnya lebih memahami untuk rasa okay untuk mempunyai perasaan risau/takut/sakit/marah. Ini memupuk perasaan empati di dalam diri mereka.

2. Untuk kanak-kanak perempuan

Sering kali ibu dan anak perempuan akan mudah berselisih faham. Ini kerana sering berlaku situasi di mana ibu yang bersifat melindungi akan berkata sesuatu yang tidak mahu didengari oleh mereka.

Contohnya “Kenapa awak pakai baju itu? Sudah semak kerja sekolah yang dah dibuat?”. Persoalan-persoalan seperti ini pasti akan membuat anak perempuan anda marah atau rasa menjengkelkan.

Oleh itu sebagai ibu, anda boleh tukar persoalan atau tanda tidak bersetuju ini dengan lebih halus melalui cadangan yang lebih membina seperti “Cuaca agak sejuk untuk pakaian seperti itu, baju berlengan panjang lebih sesuai hari ini.”

Adakalanya mungkin ibubapa boleh cuba anak perempuan anda merasai sendiri keadaan tidak begitu menyenangkan bagi mereka mempelajarinya sendiri.

3. Untuk remaja

Bagi remaja, pakar mencadangkan pendekatan untuk melihat anak anda sebagai anak orang lain dan ini berlaku untuk kedua-dua jantina, remaja lelaki mahupun perempuan.

Antara cadangan pakar ialah melihat remaja ini sebagai orang muda yang berada di negara asing yang mempunyai keyakinan tinggi tetapi tidak pasti dengan wilayah mereka. Orang muda ini mempunyai tenaga dan semangat yang tinggi tetapi jangan bandingkan  saiz dan IQ mereka dengan kematangan.

Bagi untuk remaja perempuan, bayangkan anak remaja anda adalah anak buah anda di negara lain. Anda mungkin bakal mendapatkan perspektif lain. Lihat bagaimana orang sekeliling melihat anak anda.

Ibubapa perlu mengurangkan pengurusan hal remeh ke atas para remaja, cuba untuk mendengar lebih dan sentiasa ingat bahawa fasa remaja ini juga bakal beralih.

4. Menulis nota untuk berkomunikasi

Secara amnya, anak lelaki lebih gemar menulis isi hati mereka di atas sekeping kertas. Oleh itu jika ibubapa memulakannya terlebih dahulu, ia membuka ruang yang luas kepada anak lelaki anda untuk berkomunikasi dengan lebih baik.

Walau bagaimanapun, pada asasnya saling menghormati di antara ibubapa dan anak adalah perkara utama. Selain itu, saling mengenali dan sentiasa berkomunikasi merupakan kunci sesuatu perhubungan.

Terdapat cabaran di setiap peringkat umur seseorang. Namun, hargailah masa bersama dan simpan memori tersebut kerana ia tidak akan datang dua kali.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker