Sukan

Bintang MMA Asia Selar Pergaduhan Di Las Vegas

Petinju MMA terhandal Asia berkata para petinju yang lain harus ingat bahawa mereka adalah idola kepada kanak-kanak ketika dia menyelar kekecohan yang berlaku minggu lepas apabila Conor McGregor tewas kepada Khabib Nurmagomedov.

Chan Sung-jung  yang turut dikenali sebagai “Zombi Korea” berkata keganasan pasca-perlawanan, di mana Nurmagomedov dan pasukannya menyerang McGregor serta kumpulan pengiringnya, yang disiarkan ke seluruh dunia telah merosakkan rancangan untuk untuk membersihkan imej sukan MMA.

“Kita perlu memberi inspirasi kepada kanak-kanak, bukan menakutkan mereka,” ujar peninju yang berpusat di Seoul itu sebelum acara MMA Angel’s Fighting yang akan berlangsung di Seoul. Semua keuntungan yang bakal diperoleh dari acara itu akan digunakan untuk membayar kos rawatan kanak-kanak yang menghidap penyakit yang boleh membawa maut.

“Sebagai atlet mempertahankan diri, kita patut menjadi contoh,” tambah Chan yang menduduki tangga ke-10 dunia di dalam kategori featherweight.

“Menghangatkan suasana adalah perkara biasa, tetapi keganasan di luar sangkar adalah tidak patut sama sekali. Kita semua orang dewasa dan patut ingat kesan perbuatan kita ke atas kanak-kanak.”

Chan bercakap di Gym Korean Zombie miliknya di Seould ketika dia sedang bersiap-siap untuk berlepas ke perlawanannya yang seterusnya, menentang bekas juara UFC, Frankie “The Answer” Edgar yang kini menduduki tangga ke-3 dalam kategori featherweight.

Perlawanan itu adalah bagi menyambut ulangtahun ke-25 UFC di Denver pada 10 November ini.

Jika Dia dapat menewaskan veteran dari Amerika Syarikat itu, petinju Korea itu dijangka akan mendapat peluang kedua untuk mencapai kejuaraan dalam kategori  featherweight – serta turut berpeluang untuk menjadi juara AFC pertama dari Asia.

“Terdapat ramai petinju baru yang datang dari Asia, dan dari Korea Selatan,” ujar Chan

“Imej sukan ini sudah semakin baik dan terpulang kepada kami sebagai atlet bela diri untuk meneruskannya.”

Panggilan “Zombie” Chan datang dariada kebolehan dia untuk terus mara di dalam perlawanan, walaupun diserang bertubi-tubi, serta dia kekal tenang mengenai cabaran yang ditujukan kepadanya oleh Edgar.

“Saya tahu dia akan membuatkan saya penat dahulu, tetapi saya akan bersedia untuk itu,” tambah Chan lagi.

“Stamina saya adalah sangat bagus.”

Chan dilihat mempunyai masa depan cerah sejak dia menyertai UFC pada tahun 2011, selepas bertarung di acara domestik di Korea Selatan.

Dia memenangi 3-0 sebelum tewas kepada bekas juara featherweight Jose “Scarface” Aldo, sehingga bahunya terkehel ketika cuba membuat serangan menggunakan tangan kanannya, sebelum tewas secara TKO di pusingan keempat.

Berikutan kewajiban setiap lelaki di Korea Selatan untuk berkhidmat di dalam tentera serta kecederaan lutut, Chan kembali ke UFC dengan menewaskan Dennis “The Menice” Bermudez dengan knockout di pusingan pada bulan Febuari 2017.

Kini dengan rekod kerjaya yand mencatatkan 14 kemenanga dan 4 tewas, Chan bakal berdepan cabaran yang terbesar setakat ini apabila dia bertemu Edgar (23-6-1), bekas juara lightweight UFC yang berusia 36 tahun itu.

Chan berkata ketika dia tidak bertarung di dalam sangkar – yang membawa tiga orang anak, yang berumur dari 4 tahun sehingga yang paling kecil berumur 3 bulan – telah melihat hidupnya dari perspektif yang baharu.

DI acara Angle’s Fighting, Chan berdepan dengan petinju dari gymnya sendiri. Dia berkata inisiatif amal itu menunjukkan bahawa MMA boleh membawa kepada impak yang positif.

Pada masu dahulu, MMA tidak begitu bagus tetapi kini kita dapat melihat perubahannya, dan semuanya kelihatan sangat positif,” ujar Chan.

“Dahulu, saya hanya bertarung untuk diri saya sendiri, untuk kemahsyuran. Tetapi kini setelah berkeluarga, saya hanya bertarung demi keluarga saya.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker