Bisnes & EkonomiIsu SemasaTempatan

Gaji Minimum Tinggi Penting Untuk Jadi Negara Maju

Ia adalah impian setiap pekerja untuk mendapat gaji bulanan minimum yang tinggi, lebih-lebih lagi kerana kos sara hidup yang semakin meningkat pada zaman ini.

Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia, Dr. Michael menyatakan bahawa Malaysia tidak boleh lagi terus bergantung pada dasar gaji rendah untuk menghasilkan (barangan) murah di dalam pasaran eksport jika mahu menjadi negara maju.

“Kita telah memasuki era baru di mana kita, di dalam rantau Asean, tidak boleh hanya memfokuskan untuk menghasilkan (barangan) murah dan berharap agar pengguna di negara-negara lain akan membeli produk kita,” katanya.

Tegas beliau, sebagai negara berpendapatan sederhana tinggi, Malaysia tidak boleh bersaing dari aspek pendapatan rendah dengan negara-negara Asia dan Afrika lain yang mempunyai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita yang lebih rendah.

Memetik laporan The Star, Dr. Jeyakumar turut menyifatkan gaji minimum bernilai RM1,170 yang dicadangkan oleh Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) sebagai “agak konservatif”.

Oleh yang demikian, beliau berpandangan bahawa gaji minimum yang lebih tinggi adalah penting untuk menggalakkan pertumbuhan pasaran pengguna di dalam Malaysia dan Asean.

“Kita perlu menggalakkan pertumbuhan pasaran pengguna kita sendiri di dalam Asean, China, Asia Selatan dan Afrika supaya akan ada permintaan barang dan perkhidmatan yang mencukupi untuk mewujudkan peluang pelaburan bagi perniagaan, serta peluang pekerjaan untuk belia kita,” katanya.

Bulan lepas, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengumumkan bahawa mulai 1 Januari 2019, pekerja-pekerja sektor swasta di seluruh negara, termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan, akan menikmati gaji minimum seragam bernilai RM1,050, atau RM5.05 sejam.

Menurut beliau, meningkatkan gaji minimum akan turut memberi manfaat kepada kira-kira 1.5 juta pengendali perniagaan kecil dan mikro di dalam negara.

“Semua ini akan mengembangkan peluang perniagaan untuk perniagaan yang lebih besar di Malaysia dan di Asean,” ujarnya.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker