Gaya Hidup

8 Deko Cantik Ini Hanya Menggunakan Sisa Plastik!

Apabila sisa plastik boleh menjadi sebuah dekorasi yang menarik, dan yang lebih baik ialah ia boleh menjimatkan poket dan juga selamatkan alam sekitar daripada sisa buangan plastik berlebihan!

  1. Taman Tergantung

Ini adalah sebuah rekaan menarik untuk kafe, kawasan rumah yang kurang tanah mahupun ruang pejabat yang mempunyai pengudaraan tetapi tiada tanah.

2. Lampu Chandelier

Teringin lampu chandelier yang unik untuk ruang makan anda? Ini pasti membuat tetamu yang datang ke rumah anda kagum.

3. Dekorasi dinding

Penutup botol yang berwarna-warni boleh dikumpul untuk menghasilkan seni yang menakjubkan.

4. Bumbung di tempat letak kereta

Botol yang disusun dan diberi sedikit warna di bahagian bawah botol boleh menambahkan keunikan di tempat letak kereta. Anda juga boleh lakukan ini di siling sebuah ruangan untuk tampil lain daripada lain.

5. Membuat pasu bunga unik dan comel

Hanya dengan sentuhan cat dan kreativiti, anda boleh menghasilkan pasu bunga yang unik dan sangat comel.

6. Dompet

Bagi yang suka meniaga, anda boleh hasilkan dompet comel ini dan dijual. Menarik bukan?

7. Kerusi Ottomon DIY

Kerusi Ottomon ini mahal jika anda mahu beli, apa kata buat sendiri hasil daripada botol plastik!

8. Tirai Unik

Jika anda mahukan tirai yang unik dan cantik. Boleh cuba lakukan ini untuk menghiasi ruang bilik anda.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker