AntarabangsaIsu Semasa

UK: Semua Tepung Akan Diperkaya Dengan Asid Folik

Semua tepung akan diperkaya dengan asid folik selepas menteri menyokong rancangan yang menurut pakar dapat mengurangkan bilangan bayi yang dilahirkan dengan kecacatan kelahiran serius, lapor Guardian.

Dasar yang akan diperkenalkan dalam beberapa minggu, datang selepas menteri yakin dengan penasihat mereka bahawa ia akan mengurangkan risiko bayi yang mengalami spina bifida dan kecacatan lain atau kematian.

Downing Street telah meluluskan dasar tersebut selepas kempen dijalankan oleh doktor, saintis dan kempen kesihatan bayi.

Theresa May, yang bertentangan dengan dasar itu, telah dipujuk untuk mengubah fikirannya, kata seorang pegawai utama.

“Asid folik mandatori akan membawa perubahan besar di UK,” kata Kate Steele, ketua eksekutif sebuah badan amal, Shine yang membantu keluarga yang terjejas oleh kecacatan tiub saraf (kelahiran).

“Keputusan kerajaan untuk memperkenalkan asid folik mandatori akan memberi kesan positif kepada kesihatan dan kesejahteraan bayi yang dilahirkan pada masa akan datang. Dalam banyak kes, ia akan membawa perbezaan antara kehidupan dan kematian.”

Mengambil asid folik yang secukupnya ketika hamil dianggarkan dapat mengurangkan sebanyak 70% risiko NTD seperti anencephaly, keadaan yang boleh membawa kematian di mana janin berkembang tanpa sebahagian daripada otak, tengkorak dan kulit kepala mereka menyebabkan janin mati dalam uterus atau selepas kelahiran.

Dianggarkan bahawa dua wanita setiap hari di UK mempunyai pengguguran kerana NTD dan dua kanak-kanak seminggu dilahirkan dengan NTD, selalunya spina bifida, yang menyebabkan mereka perlu menggunakan kerusi roda.

Britain dipercayai mempunyai kadar tertinggi NTD di Eropah. Satu kajian akademik utama pada tahun 2015 menganggarkan bahawa kurang daripada 2,000 bayi di Britain akan dilahirkan dengan NTD antara tahun 1998 dan 2015 jika kerajaan telah memperkenalkan asis folik mandatori.

Sehingga kini, wanita di UK yang mengandung atau berharap untuk mempunyai anak dinasihatkan mengambil suplemen asid folik untuk meningkatkan pengambilan folat mereka, satu pendekatan Royal College of Obstetricians and Gynecologists (RCOG) mengatakan tidak berkesan.

Nasihat rasmi adalah pengambilan sebanyak 400 mikrogram asid folik ketika sedang mencuba untuk hamil dan sehingga minggu ke-12 pregancy. Tetapi ramai wanita, terutama mereka yang tinggal di rumah miskin, tidak mengambil cukup asid folik.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker