Isu SemasaTempatan

Kenapa Ramai Sangat Rakyat Malaysia Hilang Pasport Di Thailand?

Pasport merupakan salah satu dokumen yang terpenting di dalam kehidupan kita, khususnya bagi individu-individu yang gemar/aktif pergi ke luar negara.

Namun kajian terbaru mendapati bahawa Thailand menjadi negara yang mencatatkan kehilangan pasport rakyat Malaysia yang tertinggi.

Thailand merupakan salah sebuah ‘hotspot’ atau destinasi percutian pilihan bagi ramai warga Malaysia.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT), seramai 3.3 juta pelancong dari Malaysia telah melawat negara itu pada tahun lepas.

Dalam pada itu juga, sebanyak 124 pasport Malaysia dilaporkan hilang di sana pada tahun yang sama dan sehingga bulan September 2018 pula, Kedutaan Malaysia di Bangkok menerima laporan kehilangan 87 pasport.

Difahamkan, 90% pasport telah hilang di kawasan-kawasan membeli-belah utama di ibu kota Thailand itu.

“…..dan kebanyakan insiden berlaku di Pratunam, sebuah kawasan membeli-belah terbuka di pusat bandar Bangkok.

“Kehilangan pasport juga berlaku di Chatuchak (pasar mingguan popular),” menurut sumber kedutaan, lapor Bernama.

Tetapi, apa yang menyebabkan dokumen penting itu hilang dengan begitu mudah sekali?

Sumber tersebut berkata, pemilik-pemilik pasport kadang kalanya “terlalu sibuk” dengan aktiviti membeli-belah mereka sehingga terlepas pandang bahawa dokumen tersebut telah hilang.

Tambah sumber itu lagi, kecuaian merupakan punca utama yang membawa kepada kehilangan pasport.

“Rakyat Malaysia tidak menganggap pasport mereka sebagai satu dokumen yang amat penting, sebab itu mereka tidak menjaga pasport mereka dengan baik.

“Mereka meletakkan pasport mereka di tempat yang amat mudah untuk hilang atau dicuri,” katanya.

Sumber dari kedutaan berkenaan turut memberi peringatan kepada pemilik pasport supaya menganggap dokumen itu sebagai ‘nyawa kedua’ setiap kali pergi ke luar negara.

Sementara itu, terdapat juga kemungkinan di mana pasport Malaysia berpotensi menjadi ‘sasaran’ sindiket-sindiket jenayah.

Jelas sumber itu, pasport Malaysia ‘amat berkuasa’ dan adalah tidak mustahil sekiranya ia menjadi sasaran dalam kalangan sindiket-sindiket jenayah, khususnya kumpulan yang terlibat dalam aktiviti pemalsuan pasport antarabangsa.

Berdasarkan Indeks Pasport Henly 2017, pasport Malaysia merupakan salah satu pasport yang paling berkuasa di dunia memandangkan ia membolehkan pemiliknya untuk memasuki 166 negara tanpa memerlukan visa.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker