Teknologi

Apa Anda Perlu Tahu Tentang Google Pixel 3

Sejauh mana Google Pixel 3 dan Pixel 3 XL dapat memberi kelebihan berbanding Pixel 2 sebelumnya?

Jika dipandang, Pixel 3 tidak melakukan beberapa perubahan yang ketara pada peranti namun Google menjanjikan kelebihan pada aplikasi kameranya.

Peranti ini tidak kelihatan begitu premium apabila dipegang melihatkan ia adalah model ke-3 siri Pixel.

Spesifikasinya pula dilihat agak biasa jika hendak dibandingkan dengan telefon pintar flagship yang lain.

Namun, Google menjelaskan Pixel 3 menerima pelbagai naik taraf untuk kameranya yang merupakan kamera telefon pintar terbaik setakat ini.

Pixel 3 dibina dengan cip pemprosesan Snapdragon 845 berserta GPU Adrena 630. Namun, kedua-dua model Pixel 3 hanya menggunakan storan dalaman 64GB atau 128GB tanpa sokongan storan tambahan dan hanya dilengkapi 4GB RAM.

Peranti-peranti ini tidak mempunyai audio jack namun masih menyertakan fingerprint scanner di bahagian belakang dan penggunaan USB Type-C.

Jadi, tarikan utama Pixel sudah semestinya kamera peranti ini diberikan pelbagai mod yang membantu penggambaran.

Google Pixel didatangkan dengan 12MP + 1.4µm dual lensa kamera dibelakang beserta dual lensa 12MP + 12MP untuk kamera selfie.

Pelbagai mod baru yang diperkenalkan antaranya Top Shot  dimana setiap gambar yang diambil, AI akan mengambil beberapa imej sokongan sebelum butang ditangkap untuk memberi lebih banyak pilihan untuk memilih imej dengan saat yang sempurna.

Top Shot | Google Pixel 3

Pixel 3 juga dilengkapi Super Res Zoom untuk mengambil gambar kebolehan zoom yang ditingkatkan dengan keupayaan AI untuk mengurangkan noise dan sebagainya.

Kamera selfienya juga dipertingkat dengan Group Selfie untuk pengambaran dengan sudut yang lebih luas.

Melihat keupayaan dan naik tarah Pixel 3, ramai yang tidak yakin peranti ini mampu menyaingi model sebelumnya jika hendak dibandingkan secara keseluruhan.

Namun, apa yang mungkin Google cuba lakukan adalah memaksimum lagi innovasi penggunaan kamera pada Pixel 3 yang selama ini dilabel sebagai kamera telefon pintar terbaik.

Pixel 3 dan Pixel 3 XL akan dilancarkan di pasaran Amerika Syarikat sekitar Oktober – November 2018 pada harga AS$799 – AS$899 (RM3,800) untuk Pixel 3 dan AS$899 – AS$999 (RM4,200) untuk Pixel 3 XL.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker