Hiburan

James Wan Bakal Terbitkan ‘Train to Busan’ di Hollywood

Siapa yang tidak kenal dengan James Wan, pengarah terkenal kelahiran Sarawak yang merupakan orang kuat di sebalik filem-filem seram blockbuster Hollywood seperti The Conjuring, Insidious, Annabelle dan The Nun.

Nampaknya James Wan akan menambah satu lagi filem seram di bawah arahannya tidak lama lagi.

Menurut Hollywood Reporter, James Wan akan menghasilkan remake filem blockbuster Korea, Train to Busan bersama penulis skrip filem The Nun, Gary Dauberman.

Beberapa syarikat penerbitan khabarnya sedang membida hak untuk terlibat dalam filem itu termasuk New Line, Universal, Paramount, Lionsgate dan Screen Gems.

Filem Train to Busan arahan San-ho Yeon mencipta fenomena di Korea Selatan dan seluruh dunia pada 2016 dan berjaya mengutip $85 juta di box office. Filem zombie itu dilaporkan akan kembali ke pawagam tidak lama selepas diumumkan bahawa sekuel kedua sedang disiapkan.

Image result for james wan
James Wan bersama pelakonnya

Walau bagaimanapun, pasaran di Amerika Syarikat hanya menyumbang $2 juta dari jumlah kutipan terbabit. Tetapi jika ada sesiapa yang dapat mengulang kejayaan filem itu dalam pembuatan semula adalah pasangan Wan-Dauberman.

James Wan secara praktikal mencipta filem seram zaman moden dengan filem-filem seperti The Conjuring, yang kemudiannya membawa kepada dua filem lain iaitu Annabelle dan The Nun. Kedua-dua filem ini ditulis oleh Dauberman yang juga bertanggungjawab menulis skrip filem  IT.

Karya Dauberman tidak dinafikan sebagai hasil bermutu tinggi di mana IT adalah satu kejayaan yang besar. The Nun dibuka dengan kutipan $53 juta, lebih tinggi daripada hujung minggu pertama untuk filem-filem Conjuring dan Annabelle.

Image result for gary dauberman
Gary Dauberman

Namun begitu, belum ada kepastian bilakah filem Train to Busan akan memulakan produksi kerana kedua-dua penerbit dan penulis itu agak sibuk pada masa ini.

James Wan kini terlibat dengan filem Aquaman manakala Dauberman mempunyai projek buku komiknya sendiri  bersama DC Universe, serta bajal muncul dengan IT: Chapter 2 dan filem ketiga dalam francais Annabelle.

Apa pendapat anda? Adakah anda mempercayai James Wan dan Dauberman untuk menghasilkan semula Train to Busan di Hollywood?

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker