Gaya HidupKecantikan

Baru 25 Tahun Rambut Dah Beruban? Ketahui Punca Dan Cara Atasinya

Walaupun usia baharu mencecah 25 tahun, namun sudah mempunyai masalah rambut beruban. Mungkin anda  kini rasa tidak senang apabila memikirkan penampilan diri.

Oleh itu, ketahui punca dan cara untuk atasi rambut beruban di sini:

Punca masalah rambut beruban di usia muda:

  1. Keturunan adalah punca utama terjadinya masalah uban ketika usia muda. Jika ada ahli keluarga sama ada ayah atau emak yang mempunyai uban sewaktu muda, keberangkalian anak-anak untuk memiliki rambut beruban juga tinggi.
  2. Vitamin B adalah sumber penting dalam kesihatan rambut manusia. Kurangnya vitamin B dalam tubuh badan akan menyebabkan terjadinya pengurangan pigmen pada rambut yang mengakibatkan rambut beruban.
  3. Merokok juga menyebabkan rambut beruban dengan cepat kerana kandungan nikotin di dalam darah yang cenderung menghapuskan zat dan gizi yang diperlukan dalam rambut.
  4. Stres atau tekanan perasaan boleh menyebabkan uban tumbuh. Tekanan menyebabkan vitamin B berkurangan dalam badan, sekali gus menyababkan uban tumbuh. Namun jangan terlalu bimbang kerana keadaan itu akan kembali normal semula jika tahap stres anda dapat dikawal dengan baik.
  5. Pewarna rambut dan syampu yang tidak sesuai. Semak baik-baik bahan yang digunakan, jangan sesekali mencuba produk yang tidak disahkan oleh kementerian atau badan antarabangsa.

3 cara atasi masalah rambut beruban:

  1. Elak stress dan sentiasa berfikiran positif dalam menjadi kehidupan seharian.
  2. Menjaga kebersihan kulit kepala dengan menggunakan syampu yang sesuai untuk rambut agar kulit kepala dan rambut lebih sihat.
  3. Gosok kulit kepala dengan limau nipis agar rambut kekal bersih, harum dan mewangi.
  4. Amalkan pola pemakan yang sihat dan seimbang kerana ia dapat mencegah masalah rambut beruban.
  5. Ambil sumber makanan seperti beras merah, kuning telur, susu, jantung dan hati ayam, gamdum dan kacang hijau untuk menambah vitamin B dalam badan khususnya rambut.

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker