Gaya HidupKerjaya

10 Cara Untuk Majikan Mengetahui Sama Ada Calon Pekerja Jujur Atau Tidak

Para majikan sering mencari pekerja yang mempunyai ‘soft skills’ atau kemahiran insaniah yang baik. Ia merupakan antara salah satu perkara utama mereka mengambil pekerja.

Walau bagamainapun, para majikan sering sukar untuk menilai kemahiran ini semasa sesi temubual semata-mata kerana kebanyakan daripada pekerja sudah berlatih untuk ditemubual dan akan kelihatan sempurna di mata anda sewaktu temubual tersebut.

Oleh itu antara cara terbaik untuk para majikan mengetahui lebih lanjut tentang kemahiran insaniah calon pekerja anda yang sebenar ialah dengan menyelidik melalui cara-cara ini:-

  1. Bertanya kepada ‘referee’ atau orang rujukan yang calon anda telah nyatakan dalam resume

Selalunya orang rujukan ini adalah orang yang pernah menjadi majikan mereka sebelum ini ataupun penasihat mereka semasa di universiti.

Apabila majikan bertanya kepada orang rujukan ini, mereka boleh bertanya tentang kemahiran insaniah yang mereka miliki di tempat kerja lama.

2. Minta calon untuk menulis kemahiran insaniah yang perlu ada untuk berjaya

Semasa sesi temubual, minta calon untuk menulis satu senarai (daripada yang penting sehingga tidak begitu penting) perkara yang penting untuk seseorang itu berjaya dalam sesuatu pekerjaan atau tugasan.

Jika mereka kelihatan ragu dengan kemahiran yang perlu ada, majikan boleh lihat kebolehan calon tersebut.

3. Minta calon untuk menilai kemahiran insaniah yang ada pada diri mereka

Sering jika menemubual, soalan seperti “Adakah anda mempunyai kemahiran insaniah?” akan muncul. Elak soalan yang hanya akan memberi jawapan ‘Ya’ atau ‘Tidak’.

Adalah lebih baik apabila anda meminta calon untuk menyenaraikan kemahiran yang ada pada diri mereka dari yang paling kuat kepada yang paling tidak kuat.

4. Minta orang rujukan calon untuk menilai kemahiran insaniah calon

Seperti yang dilakukan ke atas calon, tanya juga kepada orang rujukan calon untuk memberi penilaian kemahiran insaniah calon dari yang paling menjadi kekuatan mereka sehingga yang paling lemah.

Adalah juga baik jika orang rujukan itu dapat memberi contoh perkara yang pernah dilakukan oleh calon tersebut. Jika orang rujukan ini telah menyenaraikan kemahiran insaniah yang anda anggap sangat penting di paling bawah senarai, mungkin calon pekerja ini tidak sesuai untuk anda.

5. Beri mereka permasalahan yang sering menimpa syarikat anda yang melibatkan kemahiran insaniah

Apabila anda memberi sesebuah permasalahan, minta mereka memberi langkah yang mereka akan lakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dalam setiap langkah itu, minta calon pekerja itu untuk memberitahu kemahiran yang digunakan.

6. Beri mereka situasi dan minta mereka lihat apakah kesilapan yang terjadi dalam situasi tersebut.

Lihat sama ada mereka berjaya mengutarakan permasalahan kemahiran insaniah yang terdapat dalam situasi/permasalahan yang diberikan.

Pastikan mereka dapat melihat kemahiran seperti kerjasama, mendapat maklum balas, pembinaan perhubungan, komunikasi dan perkhidmatan pelanggan.

7. Memberi mereka ujian di atas talian berhubung kemahiran insaniah

Terdapat banyak syarikat di atas talian yang memberikan perkhidmatan seperti ini yang anda boleh menilai kemahiran insaniah seseorang itu dengan hampir tepat. Ini adalah bagus untuk memastikan ujian kemahiran yang dilakukan sebelum ini tepat.

Selalunya ujian di atas talian ini dapat mengetahui jika mereka benar-benar apa yang syarikat inginkan. Terdapat juga ujian keperibadian dan ujian tingkah laku di atas talian yang anda juga boleh beri kepada bakal pekerja.

8. Melihat kemahiran insaniah bakal pekerja diluar ruang temubual

Perkara ini sering dilakukan oleh syarikat besar di luar negara. Mereka akan meminta orang luar menilai anda.

Orang luar itu adalah daripada penyambut tetamu, setiausaha, pemandu shuttle dan orang sekeliling ketika calon pekerja fikir tidak ada yang memerhatikan mereka.

9. Beri mereka projek sementara dalam sebuah kumpulan

Perkara ini sebenarnya adalah cara terbaik untuk menilai kemahiran insaniah seseorang. Beri calon pekerja anda peluang untuk bekerja dalam kumpulan. Apabila perlu, minta mereka untuk bekerja pada malam hari, hujung minggu ataupun di kawasan pedalaman.

Projek seperti ini sering dipanggil ‘Appliject’ (Projek untuk orang yang memohon kerja). Ia memerlukan masa yang pendek dan majikan perlulah memberi bayaran kepada mereka.

10. Beri mereka tugasan berkumpulan

Dalam satu kumpulan, beri mereka sesuatu tajuk perbincangan dan lihat bagaimana mereka mengendalikan tugasan tersebut.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker