Isu SemasaPolitikTempatan

Walaupun Penyokong PH, Calon Bebas Ini Tetap Mahu Tentang Anwar

Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson yang akan berlangsung pada Sabtu ini, 13 Oktober 2018 bakal menyaksikan pertempuran 7 penjuru membabitkan seorang calon Pakatan Harapan (PH), seorang calon PAS, serta 5 calon bebas.

Mereka adalah:

1. Datuk Seri Anwar Ibrahim – PH

2. Lt. Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar – PAS

3. Mohd Saiful Bukhari Azlan – Bebas

4. Tan Sri Isa Samad – Bebas

5. Kan Chee Yuen – Bebas

6. Stevie Chan – Bebas

7. Lau Seck Yan – Bebas

Daripada kesemua calon di atas, Stevie Chan mempunyai sebabnya tersendiri yang ‘unik’ mengapa beliau mahu bertanding di dalam PRK ini.

Walaupun mengakui dirinya sebagai penyokong PH, namun Stevie Chan secara jelas menyatakan bahawa beliau tidak menyokong Anwar, dan hasratnya untuk bertanding adalah bagi menentang bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

“Saya adalah penyokong PH, tapi bukan Anwar.

“Sokongan saya juga diberi sejak PRU lalu lagi dalam kita berkempen untuk mereka (PH). Kita masih sokong sehingga ke hadapan dan akan terus melindungi agenda harapan dari unsur politik lama,” katanya dalam satu temubual bersama Sinar Harian.

Ujar Stevie Chan, kempen Anwar yang bermula telah bermula sejak hari pencalonan lagi penuh dengan konsep hiburan, tawaran projek, serta tuisyen percuma yang “berbaur politik.”

Walau bagaimanapun, beliau berkata, program-program yang diperkenalkan oleh Ketua Umum PH itu hanya akan memanfaatkan warga Port Dickson dalam jangka masa pendek.

Tegasnya lagi, demokrasi hanya akan terjejas dengan lebih teruk dalam jangka masa yang panjang.

Namun, Stevie Chan tidak kisah sekiranya Anwar menang atau menjadi pemimpin negara, tetapi beliau perlu mengikut proses yang sepatutnya.

“Saya Ok sahaja jika Anwar menang sebagai Ahli Parlimen atau menjadi Perdana Menteri. Tapi harus ikut proses yang betul dan beretika.

“Anwar tak salah dari segi undang-undang, cuma beliau tidak beretika. Kalau nak naik, perlu ada satu perkara yang perlu dihormati,” jelasnya.

 
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker