Teknologi

Razer Phone 2 Bakal Berikan Saingan Dalam Telefon ‘Gaming’

Razer telah mengumumkan mereka bakal mengeluarkan telefon pintar ‘gaming’ yang akan diberi nama Razer Phone 2.

Ia merupakan peranti yang menerima pelbagai naik taraf berbanding telefon mereka sebelum ini; Razer Phone.

Foto oleh Amelia Holowaty Krales | The Verge

Apa yang Razer fokuskan untuk peranti kali ini adalah yang pertama; skrinnya.

Dengan paparan LCD 5.7 inci dengan resolusi 2560×1440-pixel, ia juga turut disokong HDR dan Wide Color Gamut. Namun perkara yang menarik adalah kadar refresh rate maksimum 120 GHz dengan teknologi Ultramotion.

Peranti ini juga dilengkapi chip pemprosesan Snapdragon 845 dengan kelajuan 2.8GHz dan chip visual Adreno 630. Ia merupakan teknologi yang sama digunakan untuk komputer riba Blade 15 untuk sentiasa menyejukkan peranti.

Bagi memberikan pemprosesan peranti dengan lebih baik, Razer Phone 2 didatangkan bersama RAM sebesar 8GB, 64GB storan dalaman dan 4,000mAh bateri.

Telefon ini juga mempunyai sistem Fast Battery Charging (Quick Charge) yang mampu mengecas dengan pantas. Ia juga dibina dengan sistem wireless charging untuk mengecas telefon dengan hanya meletakkan telefon pada tapak pengecas.

Foto oleh Amelia Holowaty Krales | The Verge

Mengenai kemasan dan binaan, Razer Phone 2 dibina agak serupa dengan model sebelumnya namun untuk model terbaru, ia dikemaskini dengan IP67 (ketahanan air dan habuk) beserta logo Razer dengan kemasan lampu chroma boleh ubah di belakang telefon.

Kamera juga masih mengekalkan beberapa ciri-ciri yang sama dengan Razer Phone; dual lensa 12MP (f/1.8) dan 12MP (f/2.6) dengan 8MP kamera selfie. Namun, sedikit perubahan pada tetapan video dimana telefon ini mampu merakam dengan 30, 60 dan 120 fps.

Bercakap mengenai prestasi, peranti ini dibina khusus untuk permainan video berspesifikasi tinggi. Dengan tetapan tertinggi, permainan seperti PUBG Mobile dapat dimainkan dengan kadar frame-rate yang sekata.

Diatas kertas, Razer Phone 2 mempunyai keupayaan hampir sama dengan telefon flagship jenama lain namun ia mampu memberikan saingan dengan adanya peminat jenama Razer itu sendiri.

Razer Phone 2 bakal dilancarkan sekitar Oktober dan November tahun ini dan akan dijual pada harga sekitar AS$800 (RM3,500±)

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker