Gaya HidupPercutian

5 Strategi Untuk Dapatkan Tiket Penerbangan Lebih Murah

Bercuti adalah salah satu perkara yang paling menyeronokkan. Tetapi, rancangan untuk melancong sering tergendala oleh kerana harga tiket penerbangan di luar kemampuan.

Berdasarkan perkongsian di laman Facebook Cuti-Cuti Malaysia Original, rupa-rupaya ada tips untuk membeli tiket penerbangan yang murah! Ini adalah 5 tips untuk dapatkan tiket penerbangan yang lebih menjimatkan.

1. TEMPAH HARI SELASA DAN RABU

Selasa dan Rabu merupakan salah satu hari terbaik untuk menempah tiket penerbangan. Majoriti syarikat penerbangan biasanya akan tetapkan sistem tempahan pada hari Selasa jam 7.00 malam.

Ini dibuat kerana syarikat penerbangan tahu kebanyakan penumpang akan hanya ada masa untuk menempah tiket pada hari minggu. Berdasakan statistik, memang terbukti kebanyakan kita hanya akan menyemak harga tiket pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad.

2. TEMPAH AWAL, TETAPI JANGAN TERLALU AWAL

Tempahan tiket perlu dilakukan sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal dari tarikh penerbangan anda. Kebanyakan syarikat penerbangan sudah menetapkan target untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh. Jadi, di dalam sistem tersebut sudah ditetapkan kuota tertentu tiket-tiket penerbangan yang dijual pada harga yang sangat murah.

Contohnya, dalam sistem ditetapkan penerbangan dari KuaLa Lumpur ke London, hanya 20 penumpang terawal akan dapat menempah tiket pada harga terendah. Sementara 200 penumpang seterusnya akan mendapat harga medium dan selebihnya lagi mungkin lebih mahal. Pendek kata, sistem syarikat penerbangan memang akan tetapkan harga tiket berdasarkan margin yang syarikat itu mahukan semasa mereka mahu terbang dari Kuala Lumpur ke London.

3. MENDARAT DI LAPANGAN TERBANG KECIL

Anda boleh cuba teknik ini, iaitu turun di lapangan terbang yang bukan ‘lapangan terbang utama’ bagi sesebuah destinasi itu. Contohnya, jika anda ingin ke London, biasanya ramai yang akan memilih untuk mendarat di Heathrow. Sebaliknya, cuba turun di lapangan terbang ‘kecil’ yang hampir dengan Heathrow seperti lapangan terbang di Manchester. Dari Manchester,  anda boleh menaiki train ke London. Ia bukan sahaja lebih murah, malah anda akan dapat melawat lebih banyak tempat.

4. BUANG ‘COOKIES’

Mesti ramai yang tidak tahu tentang teknik ini. Sila buang cookies pada komputer riba, telefon pintar dan pc anda sekiranya anda telah melawat laman web penerbangan 30 hari sebelum itu. Melalui cookies ini, sistem tempahan syarikat penerbangan akan mengandaikan bahawa anda sudah melawat laman web mereka berulang kali. Jadi, sistem tempahan akan tetapkan harga yang sama sahaja walaupun anda lawati laman web itu berulang kali. Kadang-kadang, harga tiket akan lebih tinggi! Jadi, amalkan tabiat padam cookies pada internet browser anda.

5. BANDINGKAN HARGA

Jika anda mahukan tiket yang lebih murah, jangan malas untuk google dan bandingkan harga tiket di laman-laman web yang berlainan. Jangan hanya tumpukan pada satu laman web sahaja. Anda kan terkejut kerana kadang-kadang akan jumpa harga tiket yang lebih murah daripada syarikat penerbangan yang sama. Berikut merupakan search engine yang boleh digunakan untuk travel:

  • Skyscanner
  • CheapFlight
  • Momondo
  • Kayak
  • Google Flight
  • Ita Software
Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker