Isu SemasaKesihatanTempatan

Malaysia Berjaya Menangani Masalah Jangkitan HIV Daripada Ibu Kepada Anak

Tahniah Malaysia!

Kita telah mendapat pengiktirafan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai negara pertama di kawasan pasifik barat yang berjaya menyingkirkan penularan HIV dan sifilis (eMTCT) daripada ibu kepada anak.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad telah diberi sijil tersebut oleh Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus di Manila semasa Mesyuarat Jawatankuasa Rantau WHO untuk kawasan Pasifik Barat.

Menerusi kejayaan ini, Malaysia merupakan negara ke-12 di dunia untuk menerima sijil tersebut.

Penularan HIV daripada ibu ke anak ini merupakan sebab utama HIV boleh terjangkit kepada kanak-kanak.

Tanpa halangan dan tindakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 30%-45% bayi yang lahir daripada ibu yang mempunyai HIV positif ini akan menularkan anak mereka dengan virus tersebut sama ada semasa dalam perut, semasa melahirkan anak ataupun melalui penyusuan badan ibu.

Bagaimana KKM berjaya menyingkirkan penularan HIV dan sifilis daripada ibu dan anak?

Untuk menangani masalah ini, pihak KKM telah melancarkan sebuah program gerak gempur untuk menangani dua penularan tersebut.

Bagi menangani masalah bayi terinfeksi HIV melalui penyusuan badan ibu, pihak kerajaan telah memberi susu formula secara percuma kepada mereka selama dua tahun.

Bagi ibu yang mempunyai masalah sifilis pula, 50% bayi yang lahir akan mengalami sifilis kongenital dan berat badan bayi baru lahir tersebut sangat rendah. Terdapat juga kes di mana ibu akan mengalami keguguran bayi, kelahiran bayi pra-matang, bayi mati dalam kandungan dan komplikasi daripada jangkitan tersebut.

Program KKM berjaya mengatasi masalah jangkitan HIV dari ibu ke anak

Program ini telah menurunkan peratus kelahiran bayi yang terjangkit melalui ibu sebanyak 2% pada tahun 2016, di mana ia telah mencapai penyingkiran status ‘jangkitan HIV dari ibu ke anak’ tersebut.

Jangkitan sifilis pula telah berada di paras terendah dengan 50 kes daripada 100,000 kelahiran yang juga telah menunjukkan penyingkiran status kritikal.

Dr Dzulkefly berharap WHO akan terus menyokong Malaysia untuk mencapai status yang sama bagi penyakit Hepatitis B pula.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker