AntarabangsaIsu Semasa

Singapore Airlines Berhenti Angkut Tulang Singa

Singapore Airlines mengumumkan bahawa mereka telah berhenti menerima tulang singa sebagai kargo selepas syarikat penerbangan itu tersenarai di dalam sebuah laporan oleh Yayasan EMS dan kumpulan hak asasi haiwan Ban Animal Trading.

Ramai pihak telah lama menyeru untuk mengharamkan perdagangan kontroversial tulang singa, yang diamalkan dalam perubatan dan perhiasan di Asia Tenggara.

Laporan tersebut melaporkan Singapore Airlines adalah satu-satunya syarikat penerbangan yang mengimport tulang singa dari Afrika Selatan ke Asia Tenggara tahun lalu.

Sekurang-kurangnya 800 rangka singa telah dieksport dengan kebenaran kerajaan Afrika Selatan pada tahun 2017, kata laporan itu, menjadikannya pengeksport terbesar tulang singa.

Syarikat penerbangan itu memberitahu AFP bahawa ia telah berhenti menerima tulang singa sebagai kargo, tetapi tidak mengatakan bila dasar tersebut akan berkuatkuasa.

“Singapore Airlines tidak menerima pengangkutan tulang singa sebagai kargo berikutan kajian yang menunjukkan kebimbangan yang semakin meningkat di seluruh dunia,” kata syarikat itu di dalam sebuah e-mel.

Pengarah Yayasan EMS, Michele Pickover berkata organisasinya telah menghantar laporan berkenaan kepada syarikat penerbangan itu dan “merayu kepada mereka untuk segera menghentikan penglibatannya dalam perdagangan yang teruk ini”.

“Saya percaya bahawa apabila mereka dimaklumkan mengenai apa yang terlibat di dalam oleh perdagangan ini, mereka mengambil keputusan yang betul dan logik untuk tidak menyokongnya,” katanya kepada AFP.

Afrika Selatan telah menghantar tulang singa ke Asia Tenggara sejak sekurang-kurangnya 2008 dan kemungkinan bahawa Singapore Airlines telah mengangkut mereka sejak tahun itu, kata Pickover.

Tulang singa dan bahagian badan lain mendapat permintaan tinggi di beberapa bahagian Asia Tenggara – khususnya Laos, Thailand dan Vietnam – untuk digunakan dalam perhiasan dan ubat-ubatan mereka.

Di Vietnam, tulang singa dimasak dan menjadi salap manakala kuku dan gigi digunakan sebagai perhiasan badan, kata laporan itu.

Walaupun perdagangan bahagian tubuh dari singa liar dilarang, perjanjian antarabangsa membolehkan penjualan bahagian yang diambil dari singa yang dibesarkan dalam kurungan.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker