Sukan

Dilema Disebalik Kebangkitan Esukan

Populariti e-Sukan yang semakin berkembang merunsingkan pihak berkuasa dan ibu bapa di seluruh pelusuk dunia. Patutkah golongan belia digalakkan untuk bermain permainan video dan, jika ya, untuk seberapa kerap? Judul permainan video apakah yang mereka patut mainkan? Bagaimana untuk mengenalpasti bakat dalam permainan video dan berapa lama harus kita biarkan agar bakat itu berkembang? Dan apakah wajah sebenar “ketagihan” permainan video?

Sehingga kini, masih belum ada pihak yang mempunyai kesemua jawapannya. Apa yang kita ketahui, e-Sukan sudah semakin popular, sehingga ke tahap ia bakal menjadi satu acara di sukan Olimpik. Garis panduan telahpun dibuat bagi tujuan itu, walaupun masih terdapat pendebatan mengenai kesesuaiannya untuk diletakkan sekali bersama-sama sukan tradisional.

Di Thailand, agensi-agensi dan pakar – termasuk pakar psikiatri – telah meminta Pihak Berkuasa Sukan Thailand menangguhkan dahulu daripada mempromosi dan menyokong permainan video komputer sebagai salah satu tarikan sukan Olimpik.

Kebimbangan paling utama adalah mengenai bagaimana orang ramai begitu mudah ketagih apabila bermain permainan video. Kanak-kanak sudah tentu menyukai permainan elektronik sejak Pong diperkenalkan pada tahun 1972, tetapi kini peluang untuk mendapat kekayaan dan kemahsyuran – serta kegemilangan jaguh Olimpik – memberikan mereka sebab-sebab yang munasabah untuk meminta ibu bapa membelikan PlayStation atau Xbox dan berjaga lewat kononnya kerana ingin “berlatih”.

Di mana-mana sahaja, acara-acara eSukan telah semakin berkembang, semakin kaya, dan kini dianjurkan dengan lebih kerap dan lebih berprestij. Terdapat kajian saintifik mengatakan permainan vide membuatkan pemain-pemain muda ini membesar dengan lebih bijak dan lebih cekap. Ini adalah keranan terdapat kepercayaan yang mengatakan penggunaan alat kawalan permainan video secara kerap dapat melatih pergerakan tangan dan mata.

Bangkok pada bulan lepas telah menjadi tuah rumah kepada satu pertandingan khas buat permainan video bola sepak, satu acara global yang nampaknya tidak akan berhenti berkembang. Rakaman perlawanan itu disiarkan di Youtube dan para peserta mempunyai para penyokong mereka sendiri. E-Sukan bukan sahaja membawa keuntungan yang banyak, malah kemahsyuran antarabangsa juga.

Persoalannya adalah bagaimana untuk mengasingkan pemain-pemain biasa daripada mereka yang berbakat. Terdapat garis halus diantara mereka – bakat luar biasa hadir daripada latihan berterusan – di mana ia membuatkan pembangunan bakat eSukan lebih mencabar.

Jika anak anda kerap bermain permainan video, dan dia begitu bagus dalam permainan itu, adakah anda akan menyokong anak anda atau menghalangnya?

Jelas sekali jika mereka mahu melakukan sesuatu, adalah lebih baik jika mereka menghala ke arah sukan konvensional . Jika anak anda gemar berenang, tidak kiralah jika dia tidak berjaya memasuki pasukan renang di sekolah kerana sekurang-kurangnya dia melakukan sesuatu yang sihat. Tetapi jika anak anda menghabiskan masa di dalam bilik dengan bermain permainan video, dia boleh mendapat kesihatan yang kurang baik, malah kesihatan mentalnya juga terjejas.

Situasi ini mengingatkan kembali satu pendebatan mengenai patutkah perjudian dibenarkan, tetapi perjudian melibatkan hanya orang dewasa. Permainan video melibatkan kanak-kanak, dan mereka selalunya tidak tahu bila untuk berhenti.

Fenomena eSukan tidak akan dapat dihentikan, tetapi ia harus dikendalikan dengan berhati-hati. Pihak berkuasa dan mereka yang bertanggungjawab harus memikirkan secara masak-masak dari segi promosi serta jaringan keselamtan yang digunakan. Terdapat cabaran dari segi teknikal, saintifik dan organisasi yang harus dipertimbangkan, dan yang paling penting, faktor sosial.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker