Teknologi

iPhone XS Mengutamakan Kelebihan Kamera

iPhone XS dan XS Max sudah pun berada di pasaran dan bakal dilancarkan di Malaysia bermula 26 Oktober ini. Namun, adakah ia peranti yang dinanti-nantikan peminat Apple?

Walaubagaimana pun, ia masih tidak boleh diberi pendapat kerana iPhone XR bakal keluar di bulan hadapan dan ia merupakan peranti perbandingan buat XS.

Tetapi, adakah iPhone XS dan XS Max lebih hebat seperti yang digembar-gemburkan?

Apple menjelaskan, kelebihan yang dapat dilihat menerusi model XS adalah keupayaan dan naik taraf kameranya.

Dengan kamera dua lensa 12MP, imej yang dihasilkan memberikan lebih perincian dan lebih tajam. Dengan sokongan HDR, gambar akan nampak lebih asli dan tidak terlalu ‘fake’.

Mod blur bokeh juga boleh diubah suai dengan slider pada skrin kamera untuk memberikan lebih kesan bokeh atau mengurangkannya.

Imej di waktu malam atau di kawasan dengan pencahayaan yang rendah, ia mampu menghasilkan gambar yang cerah tanpa ‘noise’ yang ketara.

Ini menjadikan, XS sesuai digunakan untuk merekod video pada kualiti 4K dengan tetapan yang tinggi dan imej yang lebih stabil.

Selain naik taraf kamera, XS dijana dengan processor cip A12 terkini dan lebih hebat berbanding model sebelumnya, iPhone X.

Penggunaan lebih lancar dan meminimalkan masa pelancaran sesuatu app serta menyokong Apple OS 12 dengan lebih baik.

Namun, perbezaan XS dan X tidak begitu ketara dan pengguna tidak perlu menukar kepada XS sekiranya sudah memiliki XS kecuali XS Max yang mempunyai skrin dan bateri yang lebih besar.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker