Gaya Hidup

5 Rangkuman Gaya Hidup Terkini

Hanya kapas mampan untuk Monki

Image result for monkiJenama fesyen Scandinavia Monki mengatakan ia akan mencapai matlamatnya untuk menggunakan 100 peratus kapas mampan bulan ini.

Ini termasuk melalui penggunaan kapas organik, di mana ia ditanam tanpa racun perosak dan baja kimia menggunakan benih bukan GMO, serta kapas kitar semula yang menggunakan semula gentian pakaian kitar semula.

Dengan langkah ini, label itu menyatakan bahawa ia lebih dekat untuk mencapai matlamatnya untuk hanya menghasilkan pakaian yang diperbuat dari bahan kitar semula atau lain-lain yang bersumberkan bahan mampan pada tahun 2030.

Mekap Ganti Filter Instagram

Image result for by terry instagram filter makeupJika anda menggunakan aplikasi kecantikan dan filter untuk memperbaiki gambar anda di media sosial, anda tidak bersendirian. Beribu-ribu, malh berjuta-juta orang menggunakan aplikasi licik ini untuk kelihatan lebih fotogenik.

Dengan populariti aplikasi itu, pakar kecantikan Perancis, Terry de Gunzburg memperkenalkan By Terry’s Dude-Expert Duo Stick, mekap asas utama untuk memberi kulit kemasan sempurna.

Terry de Gunzburg telah diilhamkan untuk mencipta produk selepas menyedari orang mencari bantuan daripada aplikasi kecantikan untuk kelihatan mesra Instagram.

Dinosaur robot penyambut tetamu hotel

Image result for robot-dino hotel japanIni mungkin pengalaman check-in yang paling aneh tetapi itu sebenarnya tujuan hotel Henn-na (bermaksud “pelik”), yang menawarkan hotel pertama di dunia yang dikendalikan oleh robot.

Kakitangan penyambut tetamu adalah sepasang dinosaur gergasi yang kelihatan seperti dari filem Jurassic Park.

Robo-dino mendaftar masuk melalui sistem tablet yang juga membolehkan pelanggan memilih bahasa Jepun, Inggeris, Cina atau Korea yang ingin mereka gunakan untuk berkomunikasi dengan robot pintar itu.

Singapura negara Asia pertama tuan rumah anugerah 50 Best Restaurants

Penganjur 50 Restoran Terbaik di Dunia telah mengumumkan rancangan untuk memindahkan majlis gala, yang dihadiri oleh beberapa chef terkemuka di dunia, ke Singapura tahun depan.

Ia akan menandakan kali pertama acara terkemuka itu diadakan di Asia. Sejak debutnya pada tahun 2002, anugerah itu telah diadakan di Eropah, Australia dan AS.

Langkah itu boleh ditafsirkan sebagai tindak balas kepada kritikan bahawa anugerah itu memihak kepada restoran dan chef dari Barat walaupun hakikatnya banyak restoran di Asia  dikendalikan oleh chef Amerika atau Eropah.

1.4 bilion penyakit berpunca daripada kurang senaman

Lebih daripada 1.4 bilion orang dewasa meletakkan diri mereka dalam risiko untuk mendapat penyakit maut dengan tidak bersenam secara cukup, doktor memberi amaran.

Dengan negara-negara menjadi lebih kaya dan rakyat menikmati gaya hidup yang lebih selesa dan tidak aktif, satu kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata satu pertiga daripada wanita dan seperempat lelaki di seluruh dunia berisiko mendapat penyakit pembunuh seperti penyakit jantung, kencing manis dan kanser.

Aktiviti fizikal yang tidak mencukupi adalah faktor risiko utama untuk penyakit tidak berjangkit, dan mempunyai kesan negatif terhadap kesihatan mental dan kualiti hidup.

 

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker