Gaya HidupKerjaya

5 Cara Menambat Hati Pekerja Supaya Setia Dengan Syarikat

Jika anda seorang majikan, sudah pasti anda berfikir bagaimana cara yang terbaik untuk memastikan pekerja anda setia bersama syarikat kerana untuk mendapatkan pekerja yang baik pada masa kini adalah sesuatu yang agak sukar.

Anda pasti pernah dengar tentang kemudahan yang menyenangkan hati pekerja yang bekerja di Google dan Facebook – dengan ruang kerja yang cantik dan moden sehinggalah makanan percuma dan urutan badan yang menyegarkan.

Makanan percuma di Google

Perkara seperti ini sudah pastinya menjadi salah satu faktor mengapa pekerja tidak mahu mencari kerja lain selain diberhentikan!

Pantry dan ruang rehat yang menarik di Facebook

 

Oleh itu kunci untuk mencari pekerja setia kepada syarikat ialah budaya kerja serta bagaimana majikan menghargai usaha para perkerja mereka.

Jika anda buntu cara apakah yang terbaik. Ini dia lima cara untuk menambat hati pekerja supaya setia bersama syarikat!

  1. Menghargai setiap sumbangan pekerja

Syarikat biasanya melihat gaji pekerja mereka sebagai ‘kos yang perlu dikurangkan’ dan bukannya pelaburan untuk masa hadapan.

Inilah kesilapan besar majikan kerana ramai pekerja akan meninggalkan syarikat kerana mereka tahu dan mereka yakin bahawa mereka boleh mendapatkan gaji yang lebih besar di tempat lain.

Jika anda tidak dapat memastikan gaji pekerja anda dibayar sehingga ia menjadi isu dikalangan pekerja, anda bakal mendapat pekerja yang sentiasa risau tentang ahli keluarga yang perlu diberi makan, dan bukannya pekerjaan itu sendiri sehingga mereka tidak dapat memberi yang terbaik untuk syarikat.

Mereka akan mempersoalkan kenapa mereka perlu bekerja lebih keras sedangkan gaji yang didapati tidak berbaloi dengan usaha mereka sedangkan jika pekerja tersebut dibayar dengan gaji yang lumayan, wang tidak akan menjadi persoalan dan mereka akan fikir bagaimana untuk menyiapkan kerja dengan lebih efisyen.

Majikan yang membayar pekerja mereka dengan gaji yang lumayan, tidak hanya akan mematuhi arahan malah mereka akan juga menyumbang lebih kepada syarikat. Ia sama seperti pepatah inggeris “You give what you get” (Anda memberi apa yang anda dapat).

2. Sentiasa mendengar pendapat tidak kira pangkat

Struktur hierarki sememangnya perkara biasa di dalam sesebuah syarikat tetapi jangan jadikannya benteng untuk menerima pendapat orang lain. Walaupun orang tersebut hanya ‘intern‘ (pelatih) dalam syarikat anda.

Pendapat semua orang dalam sesebuah syarikat seharusnya di ambil kira. Ini kerana adakalanya orang yang bekerja di sesuatu sektor itu lebih tahu tentang kemahuan pelanggan lebih daripada pengurus bahagian.

Contoh yang pernah terjadi ialah seorang awak kapal Delta Airlines menyedari penumpang mereka tidak akan memakan sayuran di dalam makanan yang dihidangkan dan telah mencadangkan kepada pihak atasan untuk tidak perlu meletakkannya. Walaupun perkara ini kelihatan kecil tetapi ia sebenarnya telah menjimatkan syarikat tersebut $1.4 juta USD setahun.

3. Memberi kebebasan kepada pekerja untuk membuat keputusan

Penulis Leaderonomics di surat khabar TheStar berkata tidak ada manusia yang suka sentiasa diperhatikan gerak-geri mereka dan sifat biasa manusia tidak akan suka diperlakukan seperti robot yang menunggu untuk diberi arahan sama setiap hari. 

Pekerja yang berbakat suka mempunyai hak autonomi untuk melakukan perkara yang mereka yakin boleh mendatangkan kebaikan kepada syarikat.

Oleh itu, jika para boss beri kepercayaan tersebut kepada pekerja untuk menggunakan kreativiti dan kepandaian mereka, sudah pasti pekerja lebih bermotivasi untuk berjaya dalam kedudukan mereka kerana ia merupakan hasil titik peluh mereka sendiri.

4. Syarikat sebagai tempat untuk bekerja dan bermain

Pada satu ketika ramai yang bercakap tentang work-life-balance (masa bekerja dan masa peribadi Рdua masa yang berbeza), namun pada era kini ia ia lebih kepada work-life-integration (mengambil sedikit masa peribadi semasa bekerja).

Lapan jam yang dihabiskan untuk bekerja diselitkan dengan satu pencapaian peribadi. Jika dilihat perkara ini, pekerja yang setia kepada syarikat itu suka dengan perkara baharu yang mereka pelajari setiap hari.

Syarikat era baharu ini sentiasa mencari jalan supaya pekerja mereka tidak akan bosan dengan pekerjaan mereka dan pekerja juga dapat meneroka perkara baharu yang mereka belum pernah rasai sebelum ini contohnya dengan mengadakan kelas zumba di tempat kerja.

5. Beri mereka alasan untuk setia kepada anda

Ini adalah paling penting dalam sesebuah syarikat. “Beri mereka alasan untuk setia kepada anda, dan mereka akan dengan ikhlas setia bekerja dengan anda”.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker