Sukan

Liga Perdana Inggeris Lancar Pertandingan Esukan Buat Peminat

Liga Perdana Inggeris melancarkan sebuah pertandingan eSukan, dan memeberi peluang kepada para peminat dan penyokong untuk bertanding mewakili kelab kegemaran mereka di dalam permainan video ‘FIFA’.

Liga itu bekerjasama dengan Electronic Arts (EA), pengeluar permainan video FIFA itu, serta penganjur pertandingan eSukan Gfinity akan mengendalikan liga itu.

Kesemua 20 kelab Liga Perdana Inggeri akan bermain di pusingan playoff secara langsung, memberikan dua peserta, seorang menggunakan PlayStation 4 dan seorang lagi dengan Xbox One, peluang untuk mara ke pusingan akhir ePremier League (ePL).

Pusingan akhir ePL akan diadakan di London pada 28-29 Mac 2019 dan akan disiarkan secara langsung oleh Sky Sports di United Kingdom.

“Kami tahu jutaan peminat dan penyokong kami bermain permainan video FIFA, dan eSukan yang baharu ini akan memberikan peluang keemasan kepada kelab-kelab kami untuk berinteraksi dengan mereka,” ujar Richard Masters, Pengarah Urusan Liga Perdana Inggeris.

Bundesliga di Jerman juga turut melancarkan liga eSukan bersama EA, dan sukan-sukan lain seperti Formula One turut dipertandingkan di dalam acara eSukan itu di sana.

“Dengan liga bola sepak paling popular di dunia ini komited terhadap acara permainan video yang kompetitif, dengan cara ini kami percaya ia hanya akan meningkatkan lagi semangat komuniti ini terhadap FIFA Competitive Gaming dan Liga Perdana Inggeris,” ujar Brent Koning, pesuruhjaya EA Sports FIFA Competitive Gaming.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button