Teknologi

Apa Bezanya Beli Secara Fizikal Dengan Digital?

Playstation 4, Xbox One malah PC sekali mempunyai lebih ratusan tajuk permainan di dalam ‘library’-nya.

Sebagai pembeli, yang mana satu lebih baik? Adakah membeli permainan ini secara fizikal atau digital?

Terdapat beberapa perbezaan yang mampu membuatkan pembeli tidak pasti untuk membeli versi yang mana.

Kelebihan dan kekurangan membeli secara fizikal

Ia lebih kepada kepuasan apabila membeli secara fizikal. Jika anda pengumpul permainan dalam bentuk fizikal, ia pasti menarik apabila kesemua koleksi anda disusun di rak permainan anda.

Apabila tiba detik pelancaran sesebuah tajuk permainan di pasaran, ia menjadi sebuah tradisi beratur beramai dan menjadi antara yang pertama memilikinya.

Pakej fizikal juga sering di datang dengan edisi khas dimana ia mengandungi beberapa barang unik dan khas untuk pembeli pakej seperti arca figura, buku nota, malah pin edisi khas.

Kelebihan membeli secara fizikal juga, anda boleh menjual atau menyewakan kepada orang tanpa mengganggu akaun PlayStation Network atau Xbox Live anda.

Namun, akan terdapat beberapa kedai permainan video yang menjual dengan harga berlainan dengan kedai yang menjadikan ada yang mahal dan ada yang murah.

Diskaun untuk versi ini hanya boleh diperoleh apabila ia sudah berada lama di pasaran dan peniaga bercadang untuk memberikannya sedikit diskaun.

Jadi, adakah membeli secara digital lebih baik?

Lebih mudah dan pantas. Membeli secara digital dapat menyenangkan urusan pembelian disamping ia lebih cepat.

Jika anda pengguna akaun PSN, Xbox Live mahupun Steam, anda pasti tahu akan terdapat diskaun yang hebat untuk tajuk permainan terpilih apabila tiba musim-musim tertentu.

Anda juga masih boleh membeli permainan yang sudah bertahun-tahun di dalam perpustakaan permainan tanpa bersusah payah keluar mencarinya.

Ia lebih selamat kerana kandungan permainan tersimpan di dalam server dan anda boleh memuat turun permainan bila-bila masa sahaja.

Walaupun begitu, kekurangan membeli secara digital adalah anda harus akaun pembayaran secara talian seperti pay-pal .

Permainan jenis digital pula tidak boleh dipindah milik kerana ia didaftarkan hanya untuk pembeli akaun.

Tidak kira sama berbentuk fizikal atau digital, kedua-dua mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Membeli secara digital tidak semestinya ia lebih memudahkan kerana bentuk fizikal sering kali mempunyai set-set unik yang tertentu.

Jika fizikal pula, agak sukar mendapatkan permainan yang lama berbanding digital yang sentiasa ada di dalam perpustakaannya.

Jadi, tentukan versi mana yang anda mahukan. Jika sekadar menanti harga diskaun, mungkin pembeli secara digital lebih baik. Tetapi, jika ada sukakan pakej fizikal, tidak salah untuk anda memiliki versi fizikal juga.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker