Isu SemasaTempatan

Polis Akan Tahan Bekas Pemain Drum Ukays Jika Pulang Ke Malaysia

Pihak polis akan menahan bekas pemain drum kumpulan rock Ukays, Akel Zainal sekiranya dia pulang semula ke Malaysia.

Memetik laporan New Straits Times, Akel telah menyertai pergerakan militan pada tahun 2014 dan menurut sumber, dia masih berada di Syria sehingga ke hari ini bersama beberapa orang lagi pejuang warga tempatan.

“Pihak berkuasa Malaysia telah menerima maklumat bahawa Akel menyertai pergerakan militan dan sanggup mati di Syria.

“Namun begitu, mereka (pihak berkuasa) bersedia untuk menahannya sekiranya dia pulang semula ke negara ini,” kata sumber itu.

Menurut sumber tersebut lagi, pihak berkuasa Malaysia, khususnya pihak polis, sedang memantau rakyat Malaysia yang menjadi pejuang di Syria dan negara-negara lain.

Akel pula dipercayai telah pergi ke Syria selepas dipengaruhi oleh seorang lagi warga Malaysia yang dikenal pasti sebagai Ustaz Lofti Ariffin, yang terbunuh pada tahun 2014.

Beberapa tahun lalu, sebuah akhbar Bahasa Inggeris tempatan melaporkan bahawa Ustaz Lofti merupakan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dan dia juga adalah rakyat Malaysia yang ketiga untuk maut di dalam peperangan.

Dalam pertempuran yang sama, seorang lagi pejuang warga tempatan, Mohammad Fadhlan Shahidi Mohammad Khir, 21, turut terbunuh.

Mohammad Fadhlan juga dipercayai adalah rakyat Malaysia yang paling muda untuk pergi berjuang di Syria.

Walau bagaimanapun, akhbar yang sama turut melaporkan Mohd Lofti, yang juga merupakan bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, menyatakan di laman Facebooknya bahawa dia bukan sebahagian daripada anggota pengganas IS.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker