Isu SemasaKecantikanTempatan

Miss Amazing Malaysia: Pertandingan Ratu Cantik Wanita Luar Biasa

Miss Amazing Malaysia adalah sebuah pertandingan ratu cantik baharu yang berperanan untuk melibatkan semua wanita luar biasa.

Dianjurkan oleh Amazing Girls Solution, pertandingan ratu cantik ini bertujuan untuk memberi erti baharu kepada perkataan ‘kecantikan’ dan menyediakan platform untuk wanita berumur 18 hingga 36 tahun yang mempunyai perbezaan seperti Down Syndrome, vitiligo dan perbezaan fizikal yang lain, untuk menyerlahkan bakat serta kecantikan mereka tersendiri.

Pengasas pertandingan Miss Amazing Malaysia, Maynicca Dewi Rajamanikam berkongsi pengalaman semasa penglibatannya dalam dunia ratu cantik.

“Saya menyedari bahawa tidak semua wanita mempunyai akses kepada platform ini, terutama mereka yang berbeza,” kata Maynicca yang juga memegang tempat kedua dalam Mrs India Worldwide Malaysia tahun ini.

“Dengan Amazing Malaysia, saya berhasrat untuk memberi peluang kepada wanita berbeza untuk mencuba cabaran baru, dan juga belajar daripada jurulatih, perekawanita fesyen, jenama kecantikan, agensi catwalk dan pemodelan, dan penceramah profesional daripada pelbagai industri,” katanya.

Banyak program pembangunan diri yang  menarik akan dianjurkan sepanjang tempoh dua bulan sebelum pusingan akhir.

“Berdasarkan pekerjaan saya, saya telah melihat begitu banyak tragedi, dan dari situ, saya juga melihat keindahan yang begitu banyak,” katanya.

“Ia menyedarkan saya bahawa keindahan terdapat di mana-mana, dan ia datang dalam pelbagai bentuk, saiz, warna, dan yang paling utama, keindahan berasal dari sumber yang paling dalam, iaitu hati,” tambahnya.

Untuk memastikan para peserta berada dalam kesihatan yang terbaik, terdapat ahli terapi dan doktor berdekatan.

“Pelbagai aktiviti akan dilakukan bagi membantu memperbaiki koordinasi badan mereka, salah satunya adalah melalui hippotherapy (penggunaan menunggang kuda sebagai rawatan terapi atau pemulihan),” kata Nurirdiyana Idros, seorang terapi pekerjaan.

Finalis juga akan bersaing untuk Miss Congeniality, Miss Photogenic, Miss Charity, Miss Talent Amazing, Miss Best Catwalk dan Miss Best Attitude titles.

Uji bakat bagi para peserta akan diadakan di LOKA Malaysia di Kuala Lumpur pada 7 Oktober.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker