Gaya HidupKesihatan

Mengapa Omega-3 DHA Penting Untuk Kanak-kanak?

Banyak produk makanan di pasaran pasti akan mempromosikan kandungan Omega-3 DHA. Tapi sebagai ibubapa tahukah anda apakah kebaikan yang ada pada Omega-3 DHA ini?

Omega-3 DHA ini merupakan nutrisi untuk otak. Otak manusia memerlukan DHA untuk perkembangan saraf yang baik. Semakin baik perkembangan saraf otak seseorang, semakin cepat mereka memproses informasi dan menjadikan anak anda pandai serta memiliki IQ tinggi.

Bukti Kebaikan Omega-3 DHA

Kajian oleh DHA Oxford Learning and Behaviour – DOLAB (Pembelajaran dan Kelakuan DHA Oxford) telah mendapati dengan memberi 600mg Omega-3 DHA sehari kepada kanak-kanak berusia di antara tujuh sehingga sembilan tahun selama 16 minggu menyaksikan kelakuan dan pembelajaran mereka bertambah baik di sekolah.

Seorang pengkaji di Universiti of Oxford, Dr Alex Richardson berkata, “Kajian mendapati mengambil makanan tambahan Omega-3 DHA telah berjaya meningkatkan kemahiran membaca kanak-kanak yang paling sukar dan mampu membantu kanak-kanak tersebut untuk menjadi setaraf rakan-rakan sekelas mereka.”

Omega-3 DHA Menjamin Tidur Yang Lebih Baik

Kenapa tidur sangat penting untuk kanak-kanak? Kerana ia dapat membantu dalam proses pengembalian kognitif, pengukuhan daya ingatan, pembelajaran, membuat keputusan dan proses perkembangan individu.

National Sleep Foundation berkata tidur adalah sama penting dengan nutrisi dan bersenam. Kanak-kanak bersekolah dan para remaja sebenarnya memerlukan 9 sehingga 11 jam tidur setiap malam.

Walau bagaimanapun, sebuah kajian di Malaysia telah menunjukkan 41.5% kanak-kanak berumur 6-12 tahun tidak mendapat tidur yang mencukupi.

DOLAB mendapati Omega-3 DHA boleh meningkatkan kualiti tidur sesorang serta tekanan darah supaya kanak-kanak akan mendapat tidur yang lebih nyenyak dan tidak kerap terbangun dari tidur.

Dari Mana Nak Dapat Omega-3 DHA? 

Sumber Omega-3 DHA ini adalah daripada minyak ikan seperti ikan tuna, salmon, makarel dan trout.

Badan Kesihatan Dunia menganjurkan pengambilan 200-250mg EPA bersama DHA untuk kanak-kanak berusia enam sehingga 10 tahun.

Sememangnya tidak ramai kanak-kanak gemar makan ikan, oleh itu ibubapa boleh cuba memberi mereka makanan ikan ini dalam unsur atau perisa lain.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker