HiburanWayang

‘Wiro Sableng’ Dinanti Ramai

Menggabungkan mitologi tempatan, seni mempertahankan diri silat, dan beberapa babak lucu, filem Wiro Sableng menceritakan kisah seorang lelaki muda yang tidak mengambil dirinya terlalu serius (Wiro, dimainkan oleh Vino Bastian) yang mengembara untuk menuntut kembali tahta untuk raja yang sah.

Dalam perjalanannya Wiro Sableng  berkawan dengan beberapa orang yang luar biasa, jatuh cinta dengan seorang puteri cantik, dan belajar untuk mengawal kuasa miliknya sendiri.

Filem ini diadaptasi daripada siri novel fantasi oleh Bastian Tito (bapa Vino Bastian).

Selain itu, skrip untuk “Wiro Sableng” ditulis oleh Tumpal Tamubolon, Seno Gumira Ajidarma dan Sheila Timothy (“The Forbidden Door,” “Tabula Rasa”), seorang pembuat filem dan bekas eksekutif pengiklanan yang juga merupakan penerbit filem tersebut menerusi studio filemnya, Lifelike Pictures.

Media tempatan telah melaporkan Wiro Sableng bukan sahaja menelan  perbelanjaan sebanyak USD 2 juta (RM 828 juta) yang paling mahal pernah dibelanjakan untuk sebuah filem tempatan, tetapi ia juga merupakan filem Indonesia pertama yang disokong oleh Fox International Productions, bahagian pengeluaran antarabangsa dari 20th Century Fox.

Fox studios berkata mereka hanya menawarkan nota skrip yang minimum dan selebihnya diberi kepada team Indonesia.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker